KERJA KHUSUS SEJARAH - PDF to Flipbook
Published on Aug 31, 2026
Description:
1
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
MELAKA
BAB10:Pemasyhuran Kemerdekaan
Tajuk Kajian: Kepentingan Kemerdekaan Tanah Melayu kepada
Pembinaan Negara Bangsa
NAMA :NUR ARIFAH ALYA BINTI WALAD SYAIDI
KELAS :4 SP 1
NAMA GURU: P.N NURULHAIDA BINTI BASERI2
1.0 PERANCANGAN
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Menerima tugasan T4 Sejarah daripada guru mata pelajaran 28/7/2026
2 Mendapat taklimat berkenaan tugasan daripada guru matapelajaran 28/7/2026
3 Mencari maklumat melalui internet 4/8/2026
4 Mencari maklumat di perpustakaan 31/7/2026
5 Menetapkan tajuk tugasan 28/7/2026
6 Membuat objektif kajian 28/7/2026
7 Menetapkan kaedah kajian 29/7/2026
8 Mengumpulkan semua bahan maklumat dan bahan daripada pelbagai
sumber
28/7/2026
9 Membincangkan proses awal dengan guru mata pelajaran 28/7/2026
10 Proses awal tugasan dilakukan 11/8/2026
11 Menghantar proses awal kepada guru mata pelajaran 13/7/2026
12 Membuat perbincangan dengan rakan mengenai pengisian laporan 20/72026
13 Menghasilkan draf laporan 22/7/2026
14 Membuat kemasan draf laporan bersama guru mata pelajaran 15/8/2026
15 Menulis laporan lengkap mengikut format 20/8/2026
16 Menyiapkan laporan dan menghantarnya kepada guru mata pelajaran 28/8/2026
3
1.1 Kerangka Pelaksanaan Tugasan
B
i
l
Senarai Semak Tugasan Aktiviti/Tindakan Markah
1 Perancangan
1. Tajuk
2. Jadual kerja/senarai semak
3. Objektif kajian
● Minimum 3 objektif
4. Kaedah kajian
● Minimum 2 kaedah
Menyediakan kerangka karangan yang
sangat lengkap, tepat dan realistik serta
mempamerkan kesungguhan.
2 Proses awal
2.1 Mengumpul maklumat berdasarkan
sumber rujukan
● Minimum 2 sumber rujukan (buku
teks ting. 4 dan internet)
Mengumpul maklumat yang sangat
lengkap, tepat dan sangat sesuai dengan
tugasan daripada sumber rujukan.
3 Pelaporan
3.1 Pengenalan
Menjelaskan latar belakang kajian dan
pengertian kemerdekaan
3.2 Persediaan menyambut pemasyhuran
kemerdekaan
Menerangkan jawatankuasa yang terlibat
3.3 Detik pemasyhuran Menghuraikan detik pemasyhuran
kemerdekaan negara
3.4 Kesan kemerdekaan Menganalisis kesan kemerdekaan
terhadap negara kita
3.5 Prinsip kedaulatan Persekutuan
Tanah Melayu
Menilai prinsip kedaulatan PTM
3.6 Rumusan
● Pengetahuan
● Nilai/iktibar
● Unsur patriotisme
● Harapan
Membuat rumusan yang merangkumi
keseluruhan aspek kajian yang sangat
relevan dengan tugasan.
3.7 Rujukan Menyenaraikan sumber rujukan autentik
atau relevan.4
4 Penilaian umum Tugasan yang kemas, tersusun dan
penggunaan bahasa yang gramatis.
1.2 ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 MUKA DEPAN 1
2 1.0 PERANCANGAN 2
3 1.1 ISI KANDUNGAN 4
4 1.2 PENGHARGAAN 5
5 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 7
6 1.4 KAEDAH KAJIAN 7-8
7 2.1 PROSES AWAL: MENGUMPUL MAKLUMAT BERDASARKAN
SUMBER RUJUKAN
8
8 3.1 PENGENALAN KEMERDEKAAN 9-10
9 3.2 PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 11-12
10 3.3 DETIK PEMASYHURAN KEMERDEKAAN NEGARA 13
11 3.4 KESAN KEMERDEKAAN TERHADAP NEGARA 14-15
12 3.5 PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 16-17
13 3.6 RUMUSAN 18
14 3.8 RUJUKAN 19-205
2.0 PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dapat
menyiapkan Kerja Khusus Sejarah ini dengan jayanya dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada guru Sejarah saya,P.N NURULHAIDA BINTI BASERI atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang diberikan sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga
yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan serta membantu saya mendapatkan
bahan-bahan yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah
memberikan kerjasama dan berkongsi idea serta maklumat sepanjang proses
menyiapkan kerja khusus ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan dan
kerjasama yang diberikan amat saya hargai. Saya berharap hasil kerja ini dapat
menambahkan pengetahuan dan pemahaman saya tentang sejarah kemerdekaan
negara serta kepentingannya kepada generasi masa kini.6
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini , saya dapat :
● Mengenal pasti kepentingan kemerdekaan Tanah Melayu
dalam pembinaan negara bangsa.
● Menghuraikan sumbangan kemerdekaan terhadap perpaduan,
keamanan dan kemajuan negara.
● Menjelaskan peranan rakyat dalam mengekalkan kedaulatan
serta mengisi kemerdekaan demi membina negara bangsa
yang maju.
● Menerangkan langkah-langkah rakyat dalam mengekalkan
kemerdekaan negara
1.3 KAEDAH KAJIAN
1.4.1 Melayari Internet
Saya telah melayari internet melalui laman sesawang untuk mencari dan mengumpul
maklumat yang berkaitan dengan tugasan
1.4.2 Penyelidikan Perpustakaan
Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan. Buku yang telah dijadikan
sumber rujukan7
2. PROSES AWAL
2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT BERDASARKAN SUMBER RUJUKAN
Saya telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan. Buku yang telah dijadikan
sumber rujukan .
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957
yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah dan bermulanya era negara
merdeka.
Tokoh-tokoh pejuang tempatan yang telah berjuang menentang penjajahan demi
mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu. Perjuangan mereka menjadi asas kepada
kemerdekaan negara dan pembinaan negara bangsa.8
3.0 PELAPORAN
3.1 Pengenalan
Kemerdekaan merupakan suatu perkara penting dalam pembentukan sesebuah negara
yang berdaulat. Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31
ogos 1957 setelah melalui pelbagai usaha dan rundingan antara pemimpin tempatan
dengan pihak British. Perjuangan mendapatkan kemerdekaan turut didorong oleh
semangat nasionalisme dan kerjasama antara masyarakat yang berbilang kaum.
Perpaduan antara kaum melalui Parti Perikatan telah membantu membuka jalan ke
arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan.
Kemerdekaan bermaksud bebas daripada penjajahan serta mempunyai kuasa untuk
mentadbir negara sendiri. Pemasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menjadi titik
penting dalam sejarah negara kerana Persekutuan Tanah Melayu muncul sebagai
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan
pula menjadi bukti penting terbentuknya sebuah negara yang mempunyai sistem
pemerintahan sendiri.
Berikut merupakan pendapat tokoh telah memberikan takrif kemerdekaan :
Menurut Sayyid Jamal al-Din al-afghani, perjuangan bagi menghadapi
penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta
akan tanah air yang merdeka
Menurut Rashid Rida ,kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara
Adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah barat.Baginya,
Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem
Khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman9
Mahatma Gandhi berpendapat bahawa kemerdekaan bukan sahaja
melibatkan kebebasan daripada penjajahan, malah merangkumi aspek
politik, ekonomi dan moral. Setiap negara berhak mentadbir negaranya
sendiri serta memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.
Nelson Mandela berpendapat bahawa kebebasan bukan sekadar
perjuangan menentang perbezaan warna kulit, tetapi juga perjuangan
menentang sistem yang menindas. Kebebasan dapat dicapai melalui
politik serta bebas daripada penindasan, kemiskinan dan penderitaan.
Oleh itu, rakyat perlu bersatu untuk membina masa depan negara yang
lebih baik.
Soekarno berpendapat bahawa kemerdekaan bermaksud kebebasan
daripada penjajahan dan penindasan. Kemerdekaan membolehkan
rakyat bebas berfikir, bertindak dan bersuara tanpa dikongkong oleh
kuasa asing. Selain itu, kemerdekaan dapat membentuk masyarakat
yang demokratik tanpa mengira perbezaan darjat dan kasta.
Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa kemerdekaan merupakan
satu permulaan baharu bagi membentuk sebuah negara yang10
berdaulat. Rakyat perlu bekerjasama, berusaha dan menggunakan tenaga serta
fikiran untuk membangunkan negara
Tun Temenggong Jugah berpendapat bahawa kemerdekaan penting untuk
menjamin keamanan dan keselamatan negara .Kemerdekaan juga
membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman tanpa ancaman daripada
pihak luar. Selain itu, kemerdekaan membantu rakyat menghadapi
ancaman komunis dan memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.
Tun Fuad Stephens berpendapat bahawa melalui kemerdekaan,
keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi dapat terjamin.
Kemerdekaan juga memberikan peluang kepada masyarakat untuk
membangunkan kawasan yang masih kurang maju. Oleh itu,
pembangunan masyarakat dapat dipertingkatkan dan kesejahteraan rakyat
dapat dijamin.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi rakyat juga perlu menghayati
semangat kemerdekaan. Rakyat hendaklah menjaga negara dengan
penuh tanggungjawab serta berusaha mencapai kejayaan supaya negara
terus maju dan dihormati.