tarian kurik kundi - Document to Flipbook
Published on Oct 07, 2026
Description:
1
FAKULTI SAINS SOSIAL:
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD& KURSUS
(ECH 2113)
KEROHANIAN DAN NILAI MORAL
SEMESTER: KETIGA
NAMA NO. MATERIK
DIANA ISABELLA BINTI MOHD RIZALMI DEC 00697
NUR FAZLINA FAQIHAH BINTI UZEED DEC 00695
ERNY SYAFIRA BINTI KHAMIS @ DAHLAN DEC 00696
PUTERI NURLIANA SYAKILA BINTI ABDUL
RAHMAN
DEC 00694
NUR AZMINAATIQAH BINTI MOHD NAZRI DEC 00680
ENGKU NUR’IZZATI FARHANAH BINTI ENGKU
ROMIZAN
DEC 00672
FATIMAH AZ ZAHRA BINTI KHAZAMI DEC 00675
SHAHIDATUL NISYA BINTI KAMARUDIN DEC 00653
SITI NUR NAJWA BINTI MOHD SABRI DEC 00654
NUR ZAHIRAH BINTI NORDIN DEC 00676
NAMA PENSYARAH:
ZURINI BINTI BAHARI2
BIL. ISI KANDUNGAN BIL.
KADUNGAN
MUKA
SURAT
1 PENGENALAN 3
2 HASIL PERLAKSANAAN 4
3 KEWANGAN 5
4 REFLEKSI 6
PENAMBAHBAIKAN 7
5 PENUTUP 8
6 LAMPIRAN 9-103
1.0 PENGENALAN
Aktiviti tarian kurik kundi merupakan salah satu aktiviti seni yang dijalankan secara
berkumpulan dengan menggunakan pergerakan tubuh badan mengikut irama dan muzik.
Aktiviti tarian bukan sahaja seronok malah dapat melakukan pergerakan tangan kaki dan badan
yang tersusun mengikut irama muzik. Aktiviti tarian ini dapat dipratikkan oleh setiap ahli
kumpulan dengan melakukan pergerakan tarian yang telah dipelajari. Aktiviti ini memerlukan
kerjasama antara setiap ahli kumpulan supaya pergerakan tarian dapat dilakukan secara teratur
dan mengikut rentak muzik. Sepanjang menjalankan aktiviti ini,kami telah membuat latihan
bersama-sama bagi memastikan setiap ahli memahami pergerakan serta melakukan tarian
secara serentak dengan baik.
Sebelum memulakan persembahan ini,kami menjalankan latihan bersama untuk
menyelaraskan pergerakan,kedudukan masing-masing dan rentak tarian. Melalui persembahan
ini,kami dapat memupuk semangat kerjasama,disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan ahli
Kumpulan. Melalui aktiviti ini, tarian kurik kundi dapat meningkatkan kemahiran kerjasama,
komunikasi, koordinasi pergerakan dan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti tarian kurik
kundi. Tujuan utama aktiviti tarian kurik kundi adalah untuk memperkenalkan dan menghayati
seni budaya melalui tarian dan muzik kurik kundi. Aktiviti ini juga memberikan peluang
kepada ahli kumpulan untuk menunjukkan kreativiti dan keyakinan diri melalui tarian.
Persembahan tarian kurik kundi ini dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama
dan komitmen setiap ahli kumpulan. Selepas aktiviti dijalankan, kami berjaya menghasilkan
persembahan tarian kurik kundi dengan baik dan teratur. Aktiviti ini juga dapat memberikan
pengalaman yang menyeronokkan serta membantu kami dalam memahami kepentingan
kerjasama dalam menghasilkan sesuatu persembahan dengan baik. Kejayaan persembahan ini
mencerminkan kerjasama,komitmen dan usaha setiap ahli kumpulan dengan baik.4
2.0 HASIL PERLAKSANAAN
Persembahan tarian yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Latihan yang dijalankan selama sebulan telah
membantu semua ahli kumpulan menguasai pergerakan dan langkah tarian dengan lebih baik.
Setiap ahli dapat mengambil bahagian sepenuhnya serta menunjukkan komitmen dan
kerjasama yang baik sepanjang latihan dan persembahan.
Dari aspek kemahiran, setiap ahli kumpulan berjaya melakukan pergerakan tarian dengan
yakin dan bertenaga. Kerjasama serta persefahaman antara ahli juga dapat dilihat melalui
pergerakan yang dilakukan secara seragam dan teratur. Selain itu, semua ahli dapat mengikuti
arahan dan menyesuaikan pergerakan dengan muzik sepanjang persembahan. Latihan yang
berterusan dan kerap juga turut membantu setiap ahli memperbaiki kesilapan dan
meningkatkan kekemasan pergerakan sebelum persembahan sebenar dijalankan.
Sepanjang pelaksanaan aktiviti, pengurusan masa juga dapat dilakukan dengan baik kerana
setiap sesi latihan digunakan untuk membuat persediaan dan memperkemas pergerakan tarian.
Ahli kumpulan juga menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan hadir dan memberikan
kerjasama semasa latihan. Secara keseluruhannya, persembahan tarian telah mencapai hasil
yang diharapkan serta memberikan pengalaman yang baik kepada semua ahli kumpulan.5
3.0 KEWANGAN
A) Pendapatan yang dikumpul
BIL PENDAPATAN JUMLAH
1. RM70/seorang x 10 RM700
JUMLAH RM700
B) Perbelanjaan sebenar
BIL PEMBELAJAAN KOS
1. Batik blouse x10 RM191.50
2. Cekak kepala x10 RM179
3. Seluar palazzo x10 RM200
4. Tudung hitam x10 RM50
JUMLAH RM620.50
C) Jumlah keseluruhan
BIL PERKARA JUMLAH
1. Pendapatan yang dikumpul RM700
2. Perbelanjaan sebenar RM620.50
3. JUMLAH BAKI RM79.506
4.0 REFLEKSI
Sebelum
Sebelum program tarian Kurik Kundi dijalankan ,Kumpulan vintage beats berasa
teruja pada masa yang sama sedikit gementar kerana ini merupakan satu pengalaman yang
memerlukan keyakinan ,Kerjasama,dan persediaan yang baik.Kumpulan vintage beats perlu
memastikan pergerakan tarian,rentak muzik dan langkah langkah yang diajar dapat diingati
dengan betul supaya persembahan dapat dijalankan dengan lancar.
Selain itu, sebelum program bermula , Kumpulan vintage beats menyedari bahawa
Latihan yang mencukupi amat penting untuk memastikan setiap ahli dapat bergerak secara
seragam.Saya berharap melalui program ini,saya dapat meningkatkan keyakinan
diri,mempelajari tarian tradisional dengan lebih mendalam serta menghargai keunikan budaya
dan warisan Masyarakat Malaysia.
Di samping itu, saya juga berharap agar program tarian Kurik Kundi ini dapat
memberikan pengalaman baharu kepada saya dan rakan-rakan. Melalui latihan dan persediaan
yang dilakukan, kami dapat belajar untuk lebih berdipslin, menepati masa serta bekerjasama
antara satu sama lain. Saya percaya bahawa setiap kesilapan yang berlaku semasa latihan dapat
dijadikan sebagai pengalaman untuk kami memperbaiki kelemahan sebelum persembahan
sebenar berlangsung.
Kesimpulannya, saya juga berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Saya ingin memberikan komitmen yang sepenuhnya
sepenjang program supaya dapat menghasilkan persembahan yang menarik dan
membanggakan. Selain itu, saya berharap pengalaman menyertai tarian Kurik Kundi ini dapat
meningkatkan minat terhadap seni dan budaya tradisional serta menjadi kenangan yang
bermakna Bersama rakan-rakan.7
SELEPAS
Selepas program selesai dilaksanakan, timbul rasa syukur dan bangga yang mendalam
apabila melihat Tarian Kurik Kundi berjaya dipersembahkan dengan penuh bertenaga serta
mendapat sambutan hangat dan tepukan gemuruh daripada para penonton. Pengalaman
penganjuran dan persembahan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran
berkomunikasi, malah memperdalam rasa cinta dan apresiasi terhadap warisan kebudayaan
Melayu yang perlu terus dipelihara oleh generasi muda. Secara keseluruhannya, program ini
telah mencapai objektif utamanya dengan jayanya. Walau bagaimanapun, beberapa aspek
penambahbaikan seperti pengurusan masa semasa latihan akhir dan koordinasi teknikal pentas
telah dikenal pasti untuk diperbaiki lagi bagi penganjuran program kebudayaan pada masa akan
datang. Selain itu, penganjuran program ini turut meninggalkan impak yang amat positif dalam
memupuk nilai kepimpinan, disiplin, dan semangat kerja berpasukan. Melalui maklum balas
yang diterima daripada para penonton dan tetamu jemputan, jelas bahawa persembahan Tarian
Kurik Kundi ini berhasil menyemarakkan lagi apresiasi masyarakat terhadap seni budaya
tempatan. Pengalaman yang diperoleh sepanjang menjayakan malam kebudayaan ini bukan
sahaja membina keyakinan kendiri yang tinggi, malah menjadi pendorong untuk terus aktif
terlibat dalam program-program pembangunan sahsiah dan kebudayaan pada masa akan
datang. 8
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhanya, persembahan tarian Kurik Kundi yang telah dijalankan Dewan
Sungai Taman Tarom pada waktu malam telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini melibatkan beberapa proses bermula daripada
persediaan sebelum persembahan, Latihan tarian, penyediaan pakaian dan peralatan serta
persembahan tarian di hadapan penonton. Setiap proses yang dijalankan memberikan
pengalaman secara langsung kepada ahli Kumpulan dalam bekerjasama dan menguruskan
sesuatu persembahan.
Melalui aktiviti ini, ahli Kumpulan dapat memperoleh pengetahuan dan Kemahiran dalam
melakukan tarian Kurik Kundi dengan betul. Selain itu, aktiviti yang dilakukan secara
berkumpulan dapat memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab, disiplin dan sikap saling
membantu antara ahli Kumpulan. Persembahan ini juga memberikan peluang kepada ahli
Kumpulan untuk meningkatkan keyakinan diri serta mengembangkan Kemahiran dalam
bidang seni dan kebudayaan.
Diharapkan pengalaman yang diperolehi melalui persembahan tarian ini dapat digunakan
pada masa akan datang, khususnya dalam melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan dan
persembahan berkumpulan. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan manfaat dari segi
pengetahuaan dan Kemahiran, malah dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
memilihara dan menghargai warisan budaya tradisional. Oleh itu, aktiviti tarian seperti Kurik
Kundi wajar diteruskan dan ditambahkan baik masa akan datang.9
6.0 LAMPIRAN10