BUKU SKRAP DEGITAL - Document to Flipbook
Published on Oct 20, 2026
Description:
PORTFOLIO
Buku Skrap Degital
Jejak Unsur Budaya & Bahasa Pinjaman
dalam Kehidupan Harian Masyarakat
Kepelbagaian Malaysia.
NAMA: NUR WARDATUL MAISARAH BINTI ELAIS (1253612)
UTC1012
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABANKoleksi Visual
Bahagian A:
Beca Pulau Pinang merupakan salah satu simbol warisan budaya
yang terhasil daripada interaksi peradaban masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Walaupun dahulunya digunakan sebagai
pengangkutan awam utama, beca kini telah mengalami
penyesuaian fungsi sebagai tarikan pelancongan ikonik di kawasan
warisan George Town.
Laksa Penang merupakan hidangan tradisional berasaskan mi
beras dan kuah ikan masam manis yang mempunyai pengaruh
gabungan budaya Melayu dan Cina Peranakan (Baba
Nyonya).Hidangan ini mencerminkan proses akulturasi seni
masakan yang telah disesuaikan dengan ramuan tempatan seperti
bunga kantan, daun kesum, dan petis udang sehingga menjadi
identiti warisan makanan Malaysia.
Songket merupakan kain tenunan tradisional Melayu yang kaya
dengan nilai seni dan sejarah peradaban.Pakaian tradisional ini
telah mengalami penyesuaian dari segi reka bentuk dan pemakaian
mengikut peredaran zaman, namun tetap mengekalkan identiti
serta keanggunan seni warisan budaya dalam kehidupan
masyarakat tempatan.Istilah Pinjaman Peribadi
Bahagian A:
1.Beca (Peradaban Cina):
Perkataan pinjaman daripada dialek
Cina (Hokkien be-chia) yang dibawa
masuk ke Alam Melayu melalui aktiviti
perdagangan dan interaksi dengan
masyarakat Cina sejak zaman dahulu
untuk menamakan kenderaan beroda
tiga.
2.Jendela(PeradabanPortugis):
Perkataan pinjaman daripada bahasa
Portugis (janela) yang meresap masuk
ke dalam perbendaharaan kata
tempatan melalui pengaruh reka
bentuk bingkai tingkap bangunan batu
padazamankolonialPortugisdiMelaka
3.Keju (Peradaban Portugis):
Perkataan pinjaman daripada
bahasa Portugis (queijo) yang
diserap ke dalam Bahasa
Melayu akibat kesan langsung
daripada pengaruh pemakanan
barat semasa era penjajahan
Portugis di Melaka.Istilah Pinjaman Peribadi
Bahagian A:
4. Tuala (PeradabanPortugis:
Perkataan pinjaman daripada bahasa
Portugis (toalha) yang membawa maksud
kain tenun yang digunakan untuk
mengeringkan badan atau mengesat cecair
selepas mandi.
5.Loteng(PeradabanCina):
Perkataan pinjaman daripada dialek Cina
(Hokkien lau-teng) yang bermaksud
ruangan atau tingkat di dalam rumah yang
terletakdibawahbumbung.Bahagian B:
Analisis Konsep Hubungan Etnik
1. Akomodasi:
Keadaan apabila satu kelompok yang berkonflik setuju untuk menghentikan @ mengelakkan konflik dengan adanya
interaksi aman. Proses di mana etnik-etnik menyedari norma & nilai mereka di antara satu sama lain, namun mereka
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
• Contoh:
Pengekalan kawasan warisan fizikal dan budaya seperti perkhidmatan beca di George Town yang dikongsi bersama bagi
membolehkan setiap kaum menghargai sejarah masing-masing secara harmoni.
2. Akulturasi:
Proses penerimaan unsur kebudayaan daripada etnik lain tanpa kehilangan identiti asal.
• Contoh:
Penyerapan aspek gaya hidup domestik melalui penggunaan kosa kata pinjaman seperti tuala dan jendela (peradaban
Portugis) dalam kehidupan harian tanpa kehilangan identiti asal etnik masing-masing.
3. Amalgamasi:
Proses penyatuan pelbagai kelompok etnik menerusi aspek perkahwinan campur atau ikatan sosial yang melahirkan satu
bentuk kelompok atau ikatan kebudayaan baharu.
• Contoh:
Penggunaan kosa kata bahasa pinjaman harian seperti loteng dan keju mencerminkan keterikatan sosial (social bonding)
yang erat hasil interaksi silang peradaban berabad-abad lamanya.Dalam era superdiversity digital hari ini, saya mengelakkan perbalahan perkauman di media sosial dengan
mengamalkan budaya literasi siber yang betul serta menerapkan nilai murni semasa berdebat. Sebagai individu
yang bertanggungjawab, saya sentiasa memastikan diri bersopan santun, tidak berkongsi maklumat palsu, dan
berfikir panjang sebelum bertindak. Selain itu, saya juga memilih untuk menghormati hak orang lain serta
bersandar kepada fakta yang sahih berbanding emosi apabila berhadapan dengan isu-isu sensitif.
BAHAGIAN C:
REFLEKSI INDIVIDU & ERA "SUPERDIVERSITY" DIGITAL
2 Langkah praktikal Rujukan
1.Mengelakkan diri daripada terlibat dalam
ruangan komen yang berunsur provokasi:
Mengambil tindakan pasif dengan tidak
membalas hantaran toksik (cyber-trolls) bagi
menyekat penularan isu perkauman di platform
digital.
2.Memanfaatkan saluran aduan rasmi untuk
melaporkan kandungan sensitif:Membuat
laporan terus kepada penyedia platform media
sosial atau pihak SKMM sekiranya terserempak
dengan hantaran yang boleh menggugat
keharmonian kaum.
1.Client challenge. (n.d.).
https://www.scribd.com/presentation/221
882197/Konsep-konsep-Tahap-HubunganEtnik
2.Panel Penulis Modul. (2008). MODUL
BAHASA MELAYU BMM3142
KEBUDAYAAN MELAYU.