PB for tech - Document to Flipbook
Published on Sep 26, 2026
Description:
Pengenalan dan konteks video
Autistic Spectrum Disorders (ASD) berasal daripada perkataan Greek, ‘auto’ yang bermakna
diri dan ‘ism’, iaitu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bersendirian dalam dunianya yang
tersendiri (APA, 2013). Austisme bukan sejenis penyakit tetapi merupakan salah satu kategori Orang
Kelainan Upaya (OKU) yang juga termasuk dalam kategori masalah pembelajaran. Masalah yang
dialami memberi kesan kepada perkembangan fungsi otak dalam perkara seperti interaksi sosial dan
komunikasi (Murrie, Warren, Kristiansson & Dietz, 2002). Video tersebut menunjukkan persahabatan
yang rapat di antara Hidayat dan Tam. Hidayat sangat menghargai Tam walaupun Tam dianggap
berbeza berbanding dengan murid yang lain. Hal ini kerana, Tam menghadapi Autisme. Namun
demikian, bagi Hidayat, Tam seorang yang bijak dan Hidayat sentiasa memperlakukan Tam dengan
baik. Pada tahun 1999, Tam menerima bantuan daripada projek “Reach Me” oleh Pusat Autisme
Singapura dan menjadi lebih berdikari. Selain itu, buat julung kali Hidayat memenangi anugerah
kebaikan dari “Reader’s Digest Youth” untuk persahabatan dan kebaikan yang telah ditujukan kepada
Tam. Analisis kritis dan dan perbincangan bersepadu
Tam mempunyai perkembangan fizikal yang normal seperti kanak-kanak yang lain. Dari segi
perkembangan fizikal tidak terjejas walaupun Tam menghadapi Austisme dan ini boleh dilihat dari
minit yang pertama sehingga minit yang terakhir. Dari aspek perkembangan biologi, mereka didapati
mengalami perubahan fizikal sama seperti individu normal tetapi otak mereka gagal mengawal
perkara abstrak berkaitan perasaan dan naluri. Keadaan ini mengakibatkan mereka mempamerkan
tingkah laku tanpa sedar yang menyalahi nilai moral masyarakat dan undang-undang seperti tingkah
laku seksual (Dewinter & Vermeiren, 2015). Pada minit 9.38 sehingga 10.17 perkembangan kognitif
Tam dilihat terganggu kerana semasa peperiksaan Matematik, Tam tidak dapat berfikir dengan wajar
apabila melihat soalan berbentuk perkataan yang melibatkan perempuan dan lelaki bercampur. Ini
menyebabkan dia menconteng kertas dan berlari keluar daripada kelas walaupun Cikgu sudah
berusaha menghalangnya. Menurut teori kognitif Jean Piaget, kanak-kanak berfikir, memahami, menyelesaikan masalah dan membina pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran. Dalam hal
ini, Tam mempunyai kekurangan dalam pemikiran kognitif disebabkan faktor kelainan upaya yang
dihadapinya. Menurut Hasnah Toran (2012), autisme adalah sejenis kecelaruan neurologikal yang
menyebabkan otak lambat memproses maklumat dari persekitaran berbeza, menyebabkan wujud
tingkah laku yang aneh. Perkembangan sosioemosi Tam dilihat berada dalam keadaan sederhana, di
mana emosi Tam masih dapat dikawal walaupun Tam mempunyai emosi yang sukar dijangka. Oleh itu, beliau menambah elemen sosial kepada teorinya iaitu cara seseorang mempelajari maklumat dan
tingkah laku baharu dengan melihat cara mereka berinteraksi dengan orang lain (Aulia, Nurul & Rizqi
2021). Menurut teori sosial ini, contoh yang boleh diambil adalah pada minit 5.27 sehingga minit 6.35
iaitu semasa Tam bersama dengan Hidayat, emosi Tam menjadi lebih baik kerana baginya Hidayat
merupakan satu-satunya kawannya paling rapat dan memahaminya di sekolah. Perkembangan moral
Tam tidak terlalu menonjol di dalam video ini, namun pada minit 9.38 sehingga 10.17 perlakuan
moral yang tidak baik jelas ditunjukkan. Perlakuan itu bermula dengan menconteng kertas
peperiksaan dan diakhiri dengan melawan dan berlari walaupun Cikgu sudah menahannya. Sudut
moral baik yang kelihatan pada minit 4.55 sehingga 5.13, adalah semasa Tam menolong Hidayat
menjawab soalan Matematik yang disoal oleh Guru Matematik mereka. Teori belajar humanistik
sifatnya lebih abstrak dan lebih mendekati bidang kajian filsafat, teori kepribadian, dan psikoterapi, dari pada bidang kajian psikologi belajar (Syarifuddin, 2022). Dari segi teori humanistik, keperibadian
seseorang akan terpamer dan dari video ini ada dua keperibadian ketara yang ada pada Tam, iaitu
keperibadian yang positif dan negatif. Dalam model yang diperkenalkan oleh Skinner, hubungan antara stimulus dan respon yang
terjadi melalui interaksi dalam lingkungannya akan menimbulkan perubahan tingkah laku. Stimulus- stimulus yang diberikan akan saling berinteraksi dan akan mempengaruhi respon yang dihasilkan. Respon yang diberikan akan melahirkan kesan-kesan yang tertentu. Skinner mempunyai beberapa
prinsip dalam teori pelaziman operan beliau, iaitu peneguhan positif dan negatif, dendaan, Prinsip
Premack dan pelupusan. Prinsip teori tingkah laku ini, boleh dilihat pada minit 2.55 sehingga 3.18
apabila Tam tidak bersetuju dengan pernyataan Hidayat mengenai labah-labah mempunyai 8 kaki,kerana pada kepercayaan Tam labah-labah hanya ada 5 kaki. Hal ini mencetuskan, emosi Tam menjadi
marah dan mengamuk pada Hidayat. Selain itu, pada minit 7.38 sehingga 7.58 didapati luka pada
tangan Tam disebabkan oleh Tam sendiri, kerana Ibunya marah dengan perbuatannya yang tidak
menyiapkan kerja rumah. Tam mempunyai perbezaan dalam mengendali emosinya berbanding
dengan rakannya di sekolah. Perbezaan ini perlu dipantau dari masa ke semasa kerana boleh
memberi kesan terhadap dirinya dan juga orang di sekelilingnya. Bukan sahaja itu, pada minit yang ke
3.41 sehingga 4.12, Tam tidak bermain bola seperti rakannya yang lain dan tidak mempedulikan
mainan tersebut. Keadaan ini, membuatkan rakan-rakannya marah dan bergaduh dengannya. Ini
menunjukkan perbezaan individu menyebabkan interaksi sesama akan menjadi tegang dan
penglibatan juga akan kurang kerana tahap kefahaman adalah berbeza. Di samping itu, pengalaman
pembelajaran juga akan berbeza kerana pemikiran individu adalah berbeza.
Rajah 1: Konsep Bandura tentang ‘reciprocal determinism’ 1986 (Ansani & Samsir 2022)
Berdasarkan rajah 1 fungsi psikologi manusia wujud apabila mengandung interaksi di antara
P (Perilaku), K (Keperibadian) dan L (Lingkungan). Hasan et.al (2023) juga ada menyatakan dalam
kajiannya mengenai ‘reciprocal determinism’ bahawa pada asasnya ialah manusia memproses data
daripada model dan menghasilkan pelbagai gambaran perilaku simbolik melalui pembelajaran
eksperimen, yang kemudiannya disesuaikan untuk manusia. Berdasarkan teori sosial ini, Tam kurang
berkomunikasi dengan rakan-rakannya dan hanya berkomunikasi dengan dirinya sendiri atau pun
dengan Hidayat, ini boleh dilihat pada minit 7.10 sehingga 7.23. Personaliti Tam menjadi lebih baik
apabila bersama dengan Hidayat kerana baginya Hidayat merupakan kawan yang sangat istimewa. Pada minit 3.41 sehingga 4.12, kontra pula apabila bersama dengan sekumpulan kawannya yang lain, personaliti Tam menjadi sombong dan tidak mengambil kisah dengan keadaan sekeliling. Punca
utama, wujudnya perbezaan personaliti adalah faktor persekitaran. Faktor persekitaran yang dialami
oleh Tam bersama dengan Hidayat adalah tidak sama dengan kawan-kawannya yang lain. Hal ini
kerana, Tam sudah biasa dan selesa dengan Hidayat. Manakala, untuk bersama-sama dengan
kawannya yang lain, Tam berasa tidak biasa dan kurang selesa. Untuk konsep kendiri pula, dalam
minit 5.48 Hidayat membuat pernyataan Tam merupakan murid yang paling bijak di kelas. Tam
mempunyai konsep kendiri yang tinggi dalam bidang akademik terutamanya untuk subjek Matematik
dan ini dapat dilihat pada minit 4.55 sehingga 5.13, ketika Tam membantu Hidayat menjawab soalan
Matematik dengan mudah. Tam masih mempunyai kekurangan kendiri untuk aspek emosi, sosial dan
kognitif. Namun demikian, dengan bantuan daripada projek “Reach Me” oleh Pusat Autisme
Singapura, Tam menjadi lebih berdikari dan pernyataan ini terdapat pada minit 12.41. Latihan dan
intervensi yang awal, berterusan dan tepat pada masa dan keadaan, mampu mengawal pertumbuhan
kanak-kanak autisme dengan lebih baik dan terarah (Nor Afizah, Muhammad Talhah & Zilal Saari, 2020).Implikasi dan pertimbangan profesional guru
Pendidikan awal atau intervensi awal adalah penting untuk anak-anak autisme (Liew, P. Y., &
Manisah Ali, 2008). Ini amat penting bagi membentuk perkembangan kognitif, sosioemosi, dan moral
mereka. Pada minit 12.49, dinyatakan tahun 1990 an autisme tidak dikenali dan difahami seperti
sekarang, terutamanya di sekolah. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam pertumbuhan
dan perkembangan psikologi. Pendekatan yang wajar diambil oleh Guru ialah mengaplikasikan Teori
Howard Gardner. Berlandaskan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner
(1983, 1993), faktor ini membuktikan bahawa semua individu mempunyai tujuh jenis kecerdasan iaitu
Verbal Linguistik (VL), Logik Matematik (LM), Visual Ruang (VR), Kinestatik (KI), Muzik (MZ), Interpersonal (IE), dan Intrapersonal (IA). Tam mempunyai kecerdasan logik Matematik yang luar
biasa, melalui pendekatan ini perkembangan kognitif dalam bidang Matematik akan meningkat dan
ini sangat membantu Tam untuk menceburi bidang yang dia ingin kuasai kelak. Tambahan pula, gaya
pembelajaran yang sesuai adalah penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar
(Chambers & Abrami, 1991). Selain itu, dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme, guru tidak
hanya menerangkan semata-mata dan mengharapkan murid faham, tetapi perlulah berinteraksi
dengan mereka seperti membuat sesi soal jawab untuk membantu murid mencapai kefahaman. Pembelajaran berdasar teori humanistik adalah pembelajaran yang lebih menekankan pada
prosesnya, peserta didik sebagai pelaku utama dalam proses pembelajaran dan guru sebagai
fasilitator dan motivator dalam pembelajaran, sehingga dalam proses evaluasi pembelajaran
dilakukan dengan penilaian proses, ada beberapa metode penilaian yang dapat dilakukan diantaranya
adalah penilaian dengan pengamatan atau observasi dan portofolio dll (Utami, 2020). Pada minit 4.11, Guru itu menganggap Tam tidak faham akan permainan bola dan sepatutnya Guru itu perlulah
berinteraksi dengan Tam, sebagai contoh mengajarnya bermain bola sehingga dia benar-benar faham. Guru juga perlulah memahami teori motivasi agar Guru menyiasat faktor intrinsik dan ektrinsik yang
menyebabkan tingkah laku tersebut. Ini secara tidak langsung, membina hubungan empati yang lebih
baik dan ini sekaligus dapat mengawal sosioemosi dan moral murid. Pada minit 14.33, Singapura
telah menghebahkan Pelan Induk Penyumbang, sebagai peta jalan untuk membina masyarakat
inklusif bagi individu yang kurang upaya. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih kondusif
dan komprehensif dengan menerapkan pendekatan-pendekatan ini.Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap murid berharga kepada ibu bapa, kawan-kawan dan juga guru mereka. Mereka mungkin berbeza dari segi perkembangan, individu dan personaliti. Namun, satu hal yang
pasti, kemajuan dapat dicapai jika usaha berterusan dilakukan. Berkat bantuan dari projek “Reach Me” oleh Pusat Autisme Singapura, Tam mampu menjadi lebih baik dari sebelumnya dengan berubah
menjadi berdikari. Perbezaan individu akan mempengaruhi interaksi, penglibatan dan pengalaman
pembelajaran murid. Interaksi dengan rakan dan guru akan membentuk personaliti dan kendiri
seseorang. Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perkembangan, perbezaan individu dan mewujudkan personaliti dan kendiri yang positif. Rujukan
1. Ansani & Samsir, Muhammad. 2022. Bandura’s modeling theory. Jurnal Multidisiplin Madani
(MUDIMA). 2 (7):3067–80. 2. Aulia, Mustika, Nurul, Wahdah & Rizqi, Mubaraq. 2021. The application of albert bandura’s
social cognitive theory: a process in learning speaking skill. Ta’lim al-‘Arabiyyah: Jurnal
Pendidikan Bahasa Arab & Kebahasaaraban. 5 (1):180–92. 3. American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and Statistical Manual of
Mental Disorder (DSM-V) (5th ed.). Washington DC: American Psychiatric
Association (APA). 4. Chambers, B., & Abrami, C. P. (1991). The relationship between student team learning outcome
and achievement, causal attributions and affect. Journal of Educational Psychology, 83(1), 140-146. doi:10.1037//0022-0663.83.1.140. 5. Dewinter, J., & Vermeiren, R. (2015). Sexuality in adolescent boys with autism
spectrum disorder: Self-reported behaviours and attitudes. Journal of Autism and Developmental
Disorders, 45, 731–741. https://doi.org/10.1007/ s10803-014-2226-3. 6. Gardner, H. (1983). Frames of mind: A theory of multiple intelligences. New York: Basic Book. 7. Gardner, H. (1993). Multiple intelligences: The theory in practice. New York: Basic Book. 8. Hasnah Toran. (2012). Do you know autisme? We are often misunderstood when in
fact we are just different. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 9. Liew, P. Y., & Manisah Mohd. Ali. (2008). Amalan program intervensi awal kanak
kanak autistik mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan, 33, 19–33. 10. Murrie, D. C., Warren, J. I., Kristiansson, M., & Dietz, P. E. (2002). Asperger’s
syndrome in forensic settings. International Journal of Forensic Mental. Health, 1 (1), 59–70. https://doi.org/10.1080/14999013.2002.10471161
11. Nor Afizah, Muhammad Talhah & Zilal Saari. (2020). Penerapan Konsep IKHLAS
dalam menyantuni anak istimewa (autisme) (Implementation of IKHLAS Concept in treating special
needs). UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 6, 3–2. 12. Rizqi, Fajrul, Hasan, Baharun, Adi, Wibowo & Aulia, Kumala. 2023. Communication in
pesantren educational institutions: the application of social cognitive theory in
understanding social interaction in the pesantren environment. Mapendis: Jurnal
Manajemen Pendidikan Islam. 1 (2):18–28. 13. Syarifuddin. (2022). Teori Humanistik Dan Aplikasinya Dalam Pembelajaran Di Sekolah. Tajdid, 6(1), 106–122. 14. Teori Tingkah Laku B.F Skinner | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/468437236/Teori-Tingkah-Laku-B-F-Skinner
15. Utami, E. N. (2020). Teori Belajar Humanistik Dan Implementasinya Dalam Pelajaran Pendidikan
Agama Islam. Mudarissuna, 10(4), 574–575.