Laporan (1)

Published on Sep 25, 2026

Laporan (1)

Laporan (1) - PDF to Document

Published on Sep 25, 2026

Description:

GEOGRAFI TINGKATAN 2 Bab 11: Panduan Kerja Lapangan Kerja Lapangan Kerja lapangan merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam kurikulum Geografi. Kerja lapangan dapat mengukuhkan lagi P&P dalam bilik darjah dan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan idea serta mempratikkan kemahiran geografi yang dipelajari. Kerja lapangan adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran kurikulum Geografi yang telah dipelajari daripada bahagian Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal, Geografi Manusia, Geografi Kawasan, serta Isu dan Pengurusan Alam Sekitar. Kemahiran seperti Kemahiran Abad Ke-21, KBAT, kemahiran mentafsir, kemahiran kajian masa depan, kemahiran sosial, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran TMK dapat disemai melalui pelaksanaan kerja lapangan. Kerja lapangan wajib dilaksanakan oleh murid. • Contoh Laporan Kerja Lapangan Penulisan laporan kerja lapangan hendaklah dibuat mengikut kriteria berikut: 1. Kertas bersaiz A4 2. Format asas penulisan laporan hendaklah mengandungi perkara berikut: (i) Tajuk kajian di muka depan laporan (ii) Senarai KandunganSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PESISIRAN PERDANA KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 TAJUK: PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN TUN SYED NASIR, TANJUNG AGAS, TANGKAK, JOHOR Disediakan oleh: Syafiq bin Kassim Tingkatan 2 AmanahSenarai Kandungan Penghargaan 1 Pendahuluan 1 Objektif Kajian 1 Kawasan Kajian 2 Kaedah Kajian 2 Hasil Kajian 3 Rumusan 6 Rujukan 7 Lampiran 8PENGHARGAAN Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMK Pesisiran Perdana, Puan Hajah Ramlah binti Abdul Ghani kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Encik Zulkipli bin Ismail kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu Encik Kassim bin Roslan dan Puan Rosetimah binti Sudin yang memberi bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya, Ramli bin Sahar dan Ali bin Samad kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang temu bual. PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas, Tangkak, Johor. Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke sesuatu tempat. Tambahan pula, kawasan kajian saya ini merupakan tempat laluan utama pengangkutan awam. Saya menjalankan kajian ini selama enam minggu bermula pada bulan September sehingga akhir bulan Oktober. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu persekolahan. Manakala, penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di bilik darjah pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. OBJEKTIF KAJIAN Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor bertujuan untuk: (a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam. (b) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam. (c) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian. (d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian. (e) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian. 1KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas, Tangkak, Johor. Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang lima kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tangkak. Kawasan ini juga terletak dalam Mukim Kesang, Daerah Tangkak, Johor. Jumlah penduduk di kawasan kajian ialah 2 650 orang. Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tamah pamah yang rata. Jarak kawasan kajian dari bandar Muar ialah lima kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya ialah RM1.20. Sekiranya menaiki teksi pula tambangnya ialah RM5.00 seorang. Sek. Taman Tun Syed Nasir Taman Wawasan Taman Berkat Sek. Ke Bandar Muar Jambatan Muar U PENTUNJUK Kawasan kajian Jambatan Sungai Jalan raya Petempatan Kilang Stesen minyak Sek. Sekolah Peta 1 Kedudukan Taman Tun Syed Nasir KAEDAH KAJIAN Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut: (a) Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan awam di kawasan kajian. (b) Temu bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah pengangkutan awam dan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam. (c) Rujukan – Rujukan buku di perpustakaan dan Internet digunakan untuk mengetahui konsep pengangkutan awam. 2HASIL KAJIAN Konsep pengangkutan awam Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua), pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dengan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan. Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor ialah bas dan teksi. Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas henti-henti atau bas tambang, bas persiaran, bas sekolah dan bas ekspres. Perkhidmatan bas sekolah penting kepada murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan bas henti-henti pula penting kepada penduduk dalam kawasan kajian untuk ke bandar Muar dan Melaka. Kepentingan pengangkutan awam Kepentingan pengangkutan awam di Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas, Tangkak, Johor adalah seperti yang berikut: (a) Membawa penumpang Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam di kawasan kajian sangat penting untuk mengangkut penumpang. Saya sendiri menggunakan pengangkutan awam, iaitu bas untuk ke bandar Muar dan ke sekolah. Selain itu, saya juga menggunakan teksi pada masa yang sangat memerlukan. Di kawasan kajian, terdapat ramai pekerja asing. Bas dan teksi merupakan kenderaan utama pekerja asing ini untuk ke bandar Muar dan ke tempat-tempat lain. (b) Mengurangkan kesesakan lalu lintas Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian yang mempunyai ramai penduduk. 3(c) Menjimatkan kos Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan kos. Saya dapat pergi ke bandar Muar hanya dengan tambang RM1.20 berbanding dengan kos menggunakan kenderaan persendirian. Selain kos bahan api atau petrol, kos tempat letak kereta juga turut dapat dijimatkan dengan menggunakan pengangkutan awam. (d) Sumber pendapatan Melalui temu bual dengan pemandu bas henti-henti, iaitu Encik Jaya bin Junus, dengan adanya pengangkutan awam ini telah membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan beliau. Selain itu, jiran Encik Jaya yang bekerja sebagai konduktor bas turut memperoleh pendapatan daripada pekerjaan yang melibatkan pengangkutan awam. Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian (a) Pencemaran udara Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran udara. Tambahan pula, bas-bas yang beroperasi ini menggunakan minyak diesel sebagai bahan api. Bas-bas ini mengeluarkan asap yang banyak. Pencemaran udara mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan penyakit. (b) Kos bahan api meningkat Melalui temu bual dengan Encik Zahid bin Hamdan, beliau menyatakan bahawa, kenaikan kos bahan api telah menyebabkan tambang bas awam turut meningkat. Misalnya, pada tahun 2007 tambang bas dari Taman Tun Syed Nasir ke bandar Muar ialah RM0.80. Pada tahun 2017, tambang bas meningkat kepada RM1.20 dan peningkatan ini telah membebankan penduduk yang sering menggunakan bas awam ini. (c) Kemalangan Berdasarkan temu bual dengan Encik Samsul bin Johan, beliau bersetuju bahawa, terdapat pemandu bas yang memandu secara berbahaya dan tidak berhati-hati. Mereka berbuat demikian kerana mengejar jadual perjalanan dan berlumba-lumba untuk mendapatkan penumpang tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Hal ini menyebabkan kemalangan berlaku di jalan raya. 4(d) Kenderaan lama Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, kebanyakan pengangkutan awam, terutamanya bas di kawasan kajian sudah lama dan uzur. Saya sendiri pernah tiba lewat ke sekolah kerana bas rosak dalam perjalanan ke sekolah. Terdapat bas yang mempunyai tempat duduk yang terlalu usang dan kusyennya pula telah koyak menyebabkan penumpang berasa tidak selesa. (e) Jangka masa lama Berdasarkan temu bual dengan Encik Zahid bin Hamdan, masa menunggu bas adalah lama, iaitu lebih kurang 30 minit hingga satu jam. Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama untuk ke sesuatu tempat. 5 Rajah 1 Masalah pengangkutan awam di Taman Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor Masalah pengangkutan awam di Taman Tun Syed Nasir Kenderaan lama Guru Rakan Ibu bapa Responden Kemalangan jalan raya Jangka masa lama Pencemaran udara Kos bahan api meningkatCadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian. (a) Menguat kuasa undang-undang Berdasarkan temu bual dengan Encik Samsul bin Johan, beliau mencadangkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas pemandu bas yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Tindakan ini perlu untuk mendisiplinkan pemandu bas. Selain itu, tindakan ini dapat memberikan pengajaran kepada pemandu bas yang lain. (b) Kempen alam sekitar Menurut Encik Samsul bin Johan lagi, beliau menyatakan bahawa, kempen alam sekitar perlu dihebahkan kepada penduduk di kawasan kajian. Bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap. (c) Menambah bilangan bas dan bas baharu Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan menggantikan bas-bas yang lama dengan bas-bas yang baharu. Bas yang boleh dibaiki pula hendaklah diselenggara untuk keselesaan penumpang. (d) Penapis asap atau catalytic converter Berdasarkan hasil pembacaan saya, penggunaan penapis asap atau catalytic converter dapat mengurangkan pembebasan gas-gas berbahaya ke udara. Keadaan ini dapat mengurangkan pencemaran udara. Rumusan Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Tun Syed Nasir ialah bas. Bas ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk membawa penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjadi sumber pendapatan. Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya ialah pencemaran udara, kemalangan jalan raya dan penggunaan kenderaan lama. Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan awam. Antaranya adalah dengan menguat kuasa undang-undang, kempen alam sekitar dan menambah bas baharu. Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk, syarikat bas dan masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab. 67 Rujukan Buku Mohd Jamil Mohamed, Rodzli Hj Hashim, Mahani Mahbar (2004). Geografi Tingkatan 3: Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn. Bhd. Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003). Geografi Tingkatan 2 Kuala Lumpur: Percetakan Saufi. Orang Sumber Encik Jaya bin Junus, 51 tahun, No.88 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor. Encik Samsul bin Johan, 40 tahun, No.333 Taman, Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor. Encik Zahid bin Hamdan, 43 tahun, No.423 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor. Internet Pengangkutan Awam. (n.d). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Edisi Kedua. Diakses pada Jun 8 2017 daripada http://prpm.dbp.gov.my/ cari1?keyword=pengangkutan+awam Catalytic converter. (n.d). American Heritage R Dictionary of the English Language, Fifth Edition. (2011). Diakses pada Ogos 17 2017 daripada http://www.thefreedictionary.com/catalytic+converter