BLOG ETIKA

Published on Sep 22, 2026

BLOG ETIKA

BLOG ETIKA - Document to Flipbook

Published on Sep 22, 2026

Description:

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN BLOG TRAGEDI 13 MEI 1969: PUNCA DAN PENGAJARAN DISEDIAKAN UNTUK: PUAN RAZANA FATIN BINTI ABDULLAH @ RAZALI DISEDIAKAN OLEH: KELAS: DAC3A JABATAN PERDAGANGAN SESI I: 2026/2027 NO NAMA NO MATRIKS 1. NORSAFIEYA AYUNISAYLA BINTI HERLMAN 02DAC25F1044 2. NURSYAFIERA BINTI SARIFUDIN 02DAC25F1005 3. PUTRI NADIATUL ZUHAYRA BINTI ASMAHADI 02DAC25F1090 4. WAN NUR NAJIHAH BINTI WAN SHAMSURI 02DAC25F1008PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim. Asalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pertama sekali, syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta keizinan-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan e-Folio bagi mata pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kami tujukan kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Razana Fatin Binti Abdullah @ Razali atas segala tunjuk ajar, bimbingan, kesabaran, serta pandangan bernas yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Segala buah fikiran dan nasihat yang dicurahkan telah menjadi panduan utama untuk saya memastikan e-Folio ini dapat disiapkan mengikut kriteria dan standard yang ditetapkan. Ucapan terima kasih yang khusus juga ditujukan kepada kedua Ibu Bapa tercinta yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral, dorongan, serta bantuan kewangan dan tenaga. Pengorbanan mereka amat bermakna dalam memberikan saya kekuatan untuk meneruskan pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sejuang sekursus serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, pertukaran buah fikiran, serta kerjasama erat yang diberikan amatlah dihargai dan disifatkan sebagai pemangkin semangat buat diri saya. Akhir kata, saya berharap agar segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diraih sepanjang penghasilan e-Folio ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan penilaian akademik, malah mampu memberikan manfaat yang berpanjangan serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.ISI KANDUNGAN 1.0. PENGENALAN 2.0. LATAR BELAKANG 3.0. KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 1969 4.0. PUNCA 4.1. FAKTOR POLITIK 4.2. FAKTOR EKONOMI 4.3. FAKTOR SOSIAL & HUBUNGAN ANTARA KAUM 5.0. KESAN TRAGEDI 13 MEI 5.1. KESAN KEPADA POLITIK 5.2. KESAN KEPADA EKONOMI 5.3. KESAN KEPADA MASYARAKAT 5.4. KESAN KEPADA PERPADUAN 6.0. PENGAJARAN 6.1. KEPENTINGAN PERPADUAN 6.2. TOLENRASI & TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT 6.3. PENGAJARAN KEPADA GENERASI MUDA 7.0. KESIMPULAN 8.0. RUJUKAN 9.0. LAMPIRAN1.0. PENGENALAN Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara Malaysia. Peristiwa tersebut memberi kesan besar terhadap keamanan masyarakat, kestabilan politik dan perkembangan sosial serta ekonomi negara. Selepas tragedi, pelbagai langkah diambil bagi memulihkan keamanan dan memperkukuhkan perpaduan nasional. Tragedi 13 Mei menjadi satu peristiwa sejarah yang penting untuk difahami agar masyarakat dapat mengambil pengajaran tentang kepentingan perpaduan, toleransi dan keharmonian antara kaum2.0. LATAR BELAKANG TRAGEDI 13 MEI 1969 KEMPEN PILIHAN RAYA 1969 Semasa kempen Pilihan Raya Umum 1969, isu berkaitan Bahasa Kebangsaan, kedudukan Istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu menjadi antara perkara yang dibangkitkan oleh ahli politik.Isu-isu tersebut merupakan perkara sensitive yang berkaitan dengan hubungan antara kaum dan identiti negara. KEPUTUSAN PILIHAN RAYA Dalam Pilihan Raya Umum 1969, Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC masih Berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, tetapi tidak lagi memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Jumlah kerusi Parti Perikatan menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Gerakan, DAP dan PPP: 25 kerusi PAS: 12 kerusi PERARAKAN SELEPAS PILIHAN RAYA Selepas Keputusan pilihan raya, perarakan kemenangan telah diadakan pada 11 dan 12 Mei 1969.Ketegangan timbul apabila terdapat Tindakan dan slogan dianggap sensitive oleh sesetengah pihak.Keadaan politik dan hubungan antara kaum yang telah tegang menjadi semakin buruk sehingga membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969.3.0. KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 1969 10 MEI 1969 – PILIHAN RAYA UMUM Pilihan Raya Umum 1969 berlangsung. Parti Perikatan masih membentuk Kerajaan tetapi kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Keputusan pilihan raya meningkatkan ketegangan politik. 11 MEI 1969 – PERARAKAN KEMENANGAN Beberapa parti yang memperoleh kemenangan mengadakan perarakan bagi meraikan Keputusan pilihan raya. Dalam suasana tersebut, terdapat tindakan dan slogan yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan ketegangan antara kumpulan masyarakat. 12 MEI 1969 – KETEGANGAN MENINGKAT Perarakan dan perhimpunan masih berlangsung di beberapa kawasan Kuala Lumpur. Ketegangan antara penyokong parti dan masyarakat semakin meningkat. Situasi menjadi semakin sukar dikawal.13 MEI 1969 PAGI – KETEGANGAN SEMAKIN MEMUNCAK Ketegangan antara penyokong politik dan masyarakat semakin meningkat selepas beberapa siri perarakan dan perhimpunan. Orang ramai mula berkumpul di kawasan Kampung Baru, termasuk di sekitar kediaman Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris. Usaha untuk mengawal keadaan dilakukan ketika suasana semakin tegang. PETANG – KONFLIK TERCETUS Sekitar pukul 3 petang, datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di setapak,hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Berita mengenai kejadian dan khabar angin yang tersebar menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Sekitar pukul petang, dua pemandu motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsikongsi gelap telah bertindak balas, Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina. LANGKAH KESELAMATAN Kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal keadaan dan memulihkan ketenteraman. Perintah berkurung dilaksanakan dan orang ramai diarahkan untuk berada di rumah. Pasukan keselamatan dikerahkan untuk mengawal kawasan yang terjejas. 13 MEI 1969 PENGLIBATAN PASUKAN KESELAMATAN & TINDAKAN PASUKAN KESELAMATAN Selepas konflik tercetus pada 13 Mei 1969, pasukan keselamatan dikerahkan untuk mengawal keadaan dan mengembalikan ketenteraman awam di kawasan yang terjejas.REJIMEN ASKAR Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka. terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor. ASKAR MELAYU Akhirnya, Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini KEADAAN DI KUALA LUMPUR Beberapa kawasan mengalami kerosakan harta benda dan kebakaran. Aktiviti harian masyarakat terganggu akibat keadaan keselamatan. Orang awam diarahkan supaya berada di rumah bagi mengurangkan risiko keselamatan. SKALA PERISTIWA DAN ANGKA KORBAN KAWASAN TERJEJAS Tragedi 13 Mei 1969 paling ketara berlaku di Kuala Lumpur dan Kawasan sekitarnya.Tahap ketegangan dan kekacauan tidak sama di seluruh negara. ➢ Kuala Lumpur: Kawasan utama berlakunya konflik. ➢ Selangor: Turut terjejas akibat ketegangan yang berlaku. ➢ Melaka: Dilaporkan berlaku kejadian pada skala yang lebih kecil.KATEGORI JUMLAH MATI DITEMBAK (35 CINA,10 MELAYU, 7 LAIN-LAIN) 52 CEDERA DITEMBAK (125 CINA,37 MELAYU, 18 LAIN-LAIN) 182 CEDERA AKIBAT SENJATA LAIN (145 CINA,90 MELAYU,24 LAIN-LAIN) 259 DITANGKAP (LANGGAR PERINTAH BERKURUNG, MAJORITI CINA) 9143 DIDAKWA (LANGGAR PERINTAH BERKURUNG, MAJORITI CINA) 5561 DIDAKWA (BUNUH ATAU BAKAR SECARA KHIANAT, MAJORITI MELAYU) 454.0. PUNCA 4.1. FAKTOR POLITIK 1.0. Perarakan kemenangan pilihan raya tidak terkawal Selepas Pilihan Raya Umum 1969, perarakan kemenangan telah diadakan oleh penyokong parti yang memenangi pilihan raya. Namun begitu, terdapat tindakan dan kata-kata yang bersifat provokatif semasa perarakan tersebut. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati serta kemarahan dalam kalangan masyarakat. Ketegangan antara kumpulan yang terlibat semakin meningkat sehingga berlaku perselisihan dan kekacauan. Situasi tersebut menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969. 2.0. Penggunaan sentimen perkauman dan keagamaan Semasa kempen Pilihan Raya Umum Ketiga 1996, terdapat parti politik yang menggunakan isu berkaitan kaum dan agama untuk menarik sokongan pengundi. Isu-isu sensitif yang dibangkitkan semasa kempen boleh meningkatkan perasaan curiga dan ketegangan antara masyarakat yang berbeza kaum dan agama. Keadaan ini menyebabkan persaingan politik menjadi semakin tegang dan hubungan antara kaum turut terjejas. Ketegangan yang berlaku selepas pilihan raya kemudiannya menjadi antara faktor yang menyumbang kepada tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969. 3.0. Keadaan dan keputusan pilihan raya umum ketiga 1969 Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga pada tahun 1969 merupakan antara faktor politik yang dikaitkan dengan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. Ketegangan antara masyarakat mula meningkat sepanjang tempoh kempen apabila persaingan antara parti politik menjadi semakin sengit. Dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi, terdapat kempen dan ucapan politik yang menyentuh isu berkaitan kaum dan agama sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati serta kebimbangan dalam kalangan sesetengah masyarakat. Keadaan ini menjadi lebih tegang selepas keputusan pilihan raya diumumkan kerana perubahan sokongan politik dan keputusan kerusi yang diperoleh oleh parti-parti tertentu mencetuskan reaksi daripada penyokong masing-masing. Situasi politik yang tegang tersebut kemudiannya menyumbang kepada peningkatan hubungan antara kaum yang akhirnya membawa kepada tercetusnya konflik pada 13 Mei 1969.