Kertas Kerja Karnival KITA 2026 - Document to Flipbook
Published on Oct 26, 2026
Description:
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
KOTA SARANG SEMUT,
06800 ALOR SETAR, KEDAH
KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM
PEMBENTUKKAN KARAKTER
GENERASI MADANI
TARIKH:
27 hingga 28.10.2026
ANJURAN:
SK KAMPONG JAWAKERTAS KERJA PELAKSANAAN
PROGRAM PEMBENTUKAN KARAKTER
GENERASI MADANI : KARNIVAL KITA
2026
1.0 PENGENALAN
Program Pembentukan Karakter Generasi MADANI KPM bermatlamat untuk
membangunkan karakter murid secara holistik merangkumi aspek intelektual,
sahsiah, dan spiritual. Prakarsa ini direncanakan secara koheren dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Nilai Teras Malaysia MADANI, dan Matlamat Pembangunan
Mampan (MPM). Pelaksanaannya adalah selaras dengan Teras Strategik 2
Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang berfokus kepada
pembangunan bakat dan karakter secara khususnya, pengukuhan jati diri dan sahsiah
bagi melahirkan insan berakhlak mulia yang mampu mendepani cabaran global
Pelaksanaan Karnival KITA SK KAMPONG JAWA merupakan satu inisiatif di bawah Strategi
1: Pembudayaan Generasi MADANI. Ia adalah sebuah karnival kokurikulum yang
menggabungkan elemen Generasi MADANI dan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM)
2026 - 2035 dalam satu sambutan yang bermakna. Karnival ini dirangka untuk merangkumi
fokus karakter, inovasi, tanggungjawab, dan aspirasi, dengan matlamat utama melahirkan
generasi yang seimbang dan berdaya saing global.
2.0 TUJUAN
Pelaksanaan karnival ini bertujuan melibatkan murid, guru, ibu bapa, dan komuniti luar
secara aktif dalam membudayakan amalan kemampanan dan sahsiah terpuji.
3.0 OBJEKTIF
Objektif utama pelaksanaan Karnival KITA adalah seperti berikut:
1. Menterjemah kerangka nilai Generasi MADANI ke dalam bentuk aktiviti interaktif
bagi memupuk pembudayaan etika sahsiah terpuji.
2. Meneroka dunia sebenar melalui projek inovasi dan aktiviti pembelajaran abad
ke-21.
3. Mewujudkan jaringan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti.
4. Memupuk keprihatinan terhadap masyarakat dan kelestarian alam sekitar.4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN
● Tarikh : 27 hingga 28.10.2026 (Selasa dan Rabu)
● Masa : 8.00 Pagi - 1.15 Petang
● Tempat : SK KAMPONG JAWA (Dewan Terbuka, Dataran
Aspirasi, Laman Minda Sihat dan Sekitar Sekolah)
● Kumpulan Sasaran : Semua warga institusi pendidikan KPM, ibu bapa, dan
komuniti luar
● Pelaksana : Ketua Jabatan / Jawatankuasa Kurikulum, Hal Ehwal
Murid dan Kokurikulum Sekolah
5.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : En. Riduan bin Selimin (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : En. Rosli bin Mohd Noor (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Ahmad Zahid Hamidi bin Badrul Sham (GPK KK)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Syatirah bt Hashim (GPK HEM)
Penyelaras Program
: En. Muhammad Amirul Iqbal bin Zulkifli
(Setiausaha Kokurikulum )
AJK Aktiviti : Pn. Siti Rabanura bt Mamat
En. Shahrum Nizam bin AB Bakar
Pn. Ropiza bt Mat Akid
Hj Mohd Syafiq Azami bin Mohd Helmi
Pn. Surida bt Abdul Hamid
Pn. Khursiah bt Harun
Pn. Siti Mariam bt Hj Ahmad
Pn. Norazah bt Ismail
AJK Dokumentasi : En. Abu Bakar bin Jaafar 6.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Zon Karnival & Fokus Tarikh, Hari &
Masa
Aktiviti PIC
Zon Tanggungjawab
Fokus: Kesedaran
alam sekitar dan
peranan warganegara.
27.10.2026
Selasa
8.00 am –
9:30 am
● Plogging
● Aktiviti mengutip
sampah sambil
berjogging
1. En Mohd Syafiq
Azami
2. Pn Ropiza Mat
Akid
Zon Karakter
Fokus: Interaksi sosial,
empati, dan kestabilan
emosi.
27.10.2026
Selasa
10.30 am –
1:00 pm
● Pertandingan
Ikhtiar Hidup
1. Pn Siti Rabanura
Mamat
2. Pn Khursiah
Harun
Zon Inovasi
Fokus: Teknologi
praktikal dan kreativiti
masa hadapan.
28.10.2026
Rabu
7.30 am –
10:30 am
● Inovasi Matlamat
Pembangunan
Mampan (MPM)
– Bengkel Stem
berkaitan Roket
Air
1. Pn Surida Abdul
Hamid
2. En Shahrum
Nizam
Zon Aspirasi
Fokus: Keyakinan diri
dan kecemerlangan
antarabangsa.
28.10.2026
Rabu
11.00 am –
1:00 pm
● Hak Asasi
Kanak-Kanak
Ceramah Antibuli
1. Pn Siti Mariam Hj
Ahmad
2. Pn Norazah Ismail7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
Sumber kewangan diturunkan oleh KPM kepada institusi pendidikan bagi tujuan
pelaksanaan program ini.
Pendapatan
Peruntukan OS42000 - 030348 Pembentukan Karakter RM 1000.00
Perbelanjaan (Anggaran)
1. Bahan asas masakan dan hadiah
pertandingan Ikhtiar Diri
Johan (4 Medal dan Hamper)
Naib Johan (4 Medal dan Hamper)
Ketiga (4 Medal dan Hamper)
2. Bahan Bengkel Roket Air
3. Streamer Bengkel Hak Asasi Kanak-Kanak
4. Bayaran Penceramah Bengkel Hak Asasi
Kanak-kanak
RM 9.00 x 20 unit
RM 48.00
RM 43.00
RM 38.00
RM 350.00 x 1 unit
RM 41.00 x 1 unit
RM300
RM 180.00
RM 48.00
RM 43.00
RM 38.00
RM 350.00
RM 41.00
RM 300.00
JUMLAH RM 1000.00
8.0 PELAPORAN
Laporan lengkap pelaksanaan Karnival KITA akan dihantar ke Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) melalui pautan rasmi Portal Generasi MADANI
sebelum 30 November 2026.9.0 PENUTUP
Pelaksanaan karnival ini diyakini mampu menyediakan platform yang interaktif dan
menyeronokkan bagi mengukuhkan jaringan kolaborasi antara pihak institusi
pendidikan, ibu bapa, dan komuniti luar. Ini juga merupakan langkah proaktif dalam
merealisasikan aspirasi melahirkan Generasi MADANI yang berilmu, beradab,
berinovasi, dan mampan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
--------------------------------------------------------- ---------------------------------------
(Ahmad Zahid Hamidi Bin Badrul Sham) (Rosli Bin Mohd Noor)
GPK Kokurikulum GPK PentadbiranKERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM
PEMBUDAYAAN MADANI: KARNIVAL KITA 2026
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH
Meluluskan Kertas Kerja Pelaksanaan Program Pembentukan
Karakter Generasi Madani: Karnival Kita 2026
atau
Tidak meluluskan Kertas Kerja Pelaksanaan Program
Pembentukan Karakter Generasi Madani:
Karnival Kita 2026
Ulasan:
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………..
…………………………..
(RIDUAN BIN SELIMIN)
Guru Besar
SK Kampong Jawa