new of Karnival Pendidikan 270826

Published on Aug 27, 2026

new of Karnival Pendidikan 270826

new of Karnival Pendidikan 270826 - PDF to Flipbook

Published on Aug 27, 2026

Description:

[email protected] “PPD LAHAD DATU MELESTARIKAN KECEMERLANGAN” ppdlahaddatu 089-881761Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama hadir dalam Karnival Pendidikan MADANI Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu 2026 yang membawa gagasan “Sehari Bersama Rakyat”. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, seluruh jawatankuasa pelaksana, warga sekolah, guru, murid, ibu bapa, komuniti serta semua rakan strategik atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan karnival ini. Penganjuran karnival ini bukan sekadar sebuah program pendidikan, malah merupakan wadah untuk mendekatkan perkhidmatan pendidikan dengan masyarakat, menyebarluaskan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif pendidikan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan agensi berkepentingan. Pendidikan merupakan wahana utama dalam membangunkan generasi yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing, berintegriti dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam mendepani perubahan teknologi dan tuntutan dunia pekerjaan, kita perlu terus memperkukuh literasi digital, STEM, TVET, kreativiti, inovasi, pemikiran kritis, komunikasi dan kolaborasi dalam kalangan murid. Saya percaya transformasi pendidikan memerlukan sinergi seluruh ekosistem pendidikan. Guru berperanan sebagai pembimbing, pemudah cara dan pencetus inspirasi, manakala ibu bapa, komuniti serta rakan strategik perlu terus memberikan sokongan bagi memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara holistik. Kepada para murid, manfaatkanlah peluang pendidikan yang tersedia dengan sebaik-baiknya. Beranilah untuk bermimpi, bertanya, mencuba dan meneroka. Kejayaan dibina melalui usaha, disiplin, kesungguhan dan keberanian untuk bangkit daripada kegagalan. Dalam mengejar kecemerlangan, janganlah kita meninggalkan nilai integriti, empati, hormat-menghormati dan tanggungjawab kepada masyarakat. Saya berharap agar semangat yang tercetus melalui karnival ini tidak berakhir selepas program selesai, sebaliknya diteruskan melalui perkongsian amalan terbaik, inovasi, kolaborasi dan usaha memperkasakan guru serta murid. Yang paling utama, murid hendaklah terus menjadi fokus dalam setiap keputusan dan tindakan pendidikan. Saya yakin dengan kekuatan warga pendidik, kepimpinan sekolah, sokongan ibu bapa, keterlibatan komuniti dan jaringan rakan strategik, kita mampu membina ekosistem pendidikan Lahad Datu yang lebih holistik, inklusif, inovatif dan mampan. Marilah kita menjadikan “Sehari Bersama Rakyat” sebagai titik mula kepada gerakan pendidikan bersama rakyat demi anak-anak Lahad Datu, pendidikan Sabah dan masa depan Malaysia. “Pendidikan menyatukan kita, ilmu memperkasa kita, dan nilai MADANI memandu kita.” Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Karnival Pendidikan MADANI ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan serta memberi manfaat yang berterusan kepada generasi akan datang. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Karnival Pendidikan MADANI Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Tahun 2026. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YANG BERBAHAGIA YB DATO' DR. HAJI MOHAMMAD YUSOF BIN HAJI APDAL TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan InovasiPegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera dan Salam PPD Lahad Datu Melestarikan Kecemerlangan. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyempurnakan acara Karnival Pendidikan Madani (Sehari Bersama Rakyat) Peringkat Daerah Lahad Datu bagi tahun 2026. Karnival yang bertemakan "Sehari Bersama Rakyat" ini merupakan sahutan terus kepada saranan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Ia berfungsi sebagai platform rasmi PPD Lahad Datu untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan dasar pendidikan baharu, inisiatif semasa, serta aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 terus kepada pemegang taruh kita iaitu murid, ibu bapa, dan masyarakat setempat. Tumpuan utama kita adalah untuk memastikan tidak ada seorang pun anak-anak kita yang ketinggalan dalam arus pendidikan. Melalui sesi TEKAD RPM, kita telah membincangkan hala tuju dan reformasi pendidikan secara langsung bersama komuniti demi masa depan anak bangsa yang lebih cemerlang. Hari ini merupakan hari yang cukup produktif buat semua . Bermula seawal jam 4.30 pagi dengan program Semai Kerohanian dan Senamrobik Madani SIHAT di Dewan Perdana, kemeriahan karnival ini telah dirasai sepanjang hari. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan merangkumi 4 bahagian iaitu yang pertama Pendidikan Inklusif yang mana ia mencakupi penglibatan aktif murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menjadi keutamaan dalam mempromosikan amalan pendidikan yang adil dan menyeluruh. Kedua, Pemerkasaan Wanita & Sukan yang melibatkan Program SUGAR (Sukan Gadis Remaja) melibatkan klinik kemahiran asas Pickleball, Bola Sepak, dan Ragbi. Ketiga, Teknologi & Inovasi melibatkan pameran pendidikan berteraskan DELIMa, STEM, Robotik, dan TVET yang sangat kritikal dalam menyediakan murid kita mendepani cabaran ekonomi digital. Keempat, kepimpinan sekolah. Melalui program NADI Negara, kita telah memperkukuh sinergi kepimpinan profesional dalam kalangan pengurusan sekolah. Kecemerlangan pendidikan tidak boleh dicapai secara bersendirian. Saya amat berbangga dengan penglibatan 15 agensi rakan strategik yang telah membuka kaunter pameran dan khidmat rundingan. Terima kasih kepada agensi seperti OUM, Giatmara, Kolej Komuniti, PTPTN, KWSP, Bomba, Pihak Polis, dan Pejabat Kesihatan atas kerjasama erat anda. Kehadiran 43 tapak pameran secara keseluruhan merangkumi sektor PPD, sekolah, dan agensi luar yang telah berjaya mendekatkan perkhidmatan kerajaan terus ke pintu hati rakyat Lahad Datu. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana atas dedikasi luar biasa dalam menjayakan program berskala besar ini. Terima kasih juga kepada pihak SJKC Yuk Choi atas penyediaan tempat majlis penutupan yang begitu kondusif ini. Akhir kata, saya menyeru kepada semua ibu bapa dan komuniti agar terus menjadi rakan kongsi aktif kepada pihak sekolah dan PPD. Marilah kita bersama-sama merealisasikan sistem pendidikan yang holistik, inklusif, dan mampan demi melahirkan generasi Madani yang seimbang. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih. HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDUL RASHID PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH LAHAD DATU“PPD LAHAD DATU MELESTARIKAN KECEMERLANGAN” Karnival Pendidilan Madani Sehari Bersama Rakyat merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilselaraskan melalui semua Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Malaysia untuk mendekatkan rakyat dengan dasar, hala tuju serta reformasi pendidikan di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2030. Karnival Pendidilan Madani Sehari Bersama Rakyat merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilselaraskan melalui semua Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Malaysia untuk mendekatkan rakyat dengan dasar, hala tuju serta reformasi pendidikan di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2030.Menyampaikan maklumat dasar KPM secara terus kepada ibu bapa, guru, dan masyarakat. Memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat. Memperkukuh pelibatan ibubapa dalam menyokong pembangunan akademik dan sahsiah murid. Memperkenalkan hala tuju pendidikan baharu kepada orang ramai. Mempromosikan amalan pendidikan inklusif melalui pelibatan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bantuan pendidikan secara terus kepada pelanggan. Menyampaikan maklumat dasar KPM secara terus kepada ibu bapa, guru, dan masyarakat. Memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat. Memperkukuh pelibatan ibubapa dalam menyokong pembangunan akademik dan sahsiah murid. Memperkenalkan hala tuju pendidikan baharu kepada orang ramai. Mempromosikan amalan pendidikan inklusif melalui pelibatan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bantuan pendidikan secara terus kepada pelanggan. “PPD LAHAD DATU MELESTARIKAN KECEMERLANGAN”“PPD LAHAD DATU MELESTARIKAN KECEMERLANGAN” i“PPD LAHAD DATU MELESTARIKAN KECEMERLANGAN” - SK Lahad Datu III -PENGERUSI HAJI ROSLEE BIN BASRI TIMBALAN PENGERUSI Timbalan Pendidikan Daerah Lahad Datu Sektor Perancangan HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDUL RASHID Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu USTAZ HJ.SAMSUDDIN BIN HJ. SABIRIN NAIB PENGERUSI I Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Sektor Pembelajaran USTAZ AZIZ BIN SARAIL NAIB PENGERUSI II Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Sektor Pengurusan Sekolah ENCIK LAJARUDI BIN LAJAHIDI NAIB PENGERUSI III Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Sektor Pembangunan Murid CIK ANITA BINTI NASIRIN SETIAUSAHA Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Perancangan CIK NURSAFIQAH BINTI INAWASIL PEN. SETIAUSAHA Pembantu Tadbir (Operasi/Perkeranian) Sektor Perancangan ENCIK ABDUL RASID GUMONG BENDAHARI Penolong Akauntan Sektor Pengurusan “PPD LAHAD DATU MELESTARIKAN KECEMERLANGAN”CECIL CORDOVA LAILA MAJNUN BINTI MOHAMMAD PENILAIAN, PEMANTAUAN DAN PELAPORAN P.A SYSTEM PENYAMBUT TAMU/USHER IDAWATI ALISGAR AISHAH BINTI HIDUP VENNA VILLANUEVA NURSAFIQAH BINTI INAWASIL SAIDATUL KHATIJAH BINTI ABDUL SAID IDAWATI ALISGAR AISHAH BINTI HIDUP VENNA VILLANUEVA NURSAFIQAH BINTI INAWASIL SAIDATUL KHATIJAH BINTI ABDUL SAID KASFULLAH BIN MD. KASANON RAMDAN BIN NURDIN KASFULLAH BIN MD. KASANON RAMDAN BIN NURDIN PENYELARAS PENDAFTARAN NURSITA BINTI OLTIS SITI MARIAM HAIL AESAH BINTI GULAM MARIAM BINTI JOLSON NURSITA BINTI OLTIS SITI MARIAM HAIL AESAH BINTI GULAM MARIAM BINTI JOLSON HJ. ROSLEE BIN BASRI USTAZAH ANITA BINTI NASIRIN HJ. ROSLEE BIN BASRI USTAZAH ANITA BINTI NASIRIN PERSIAPAN TEMPAT PERSIAPAN PENTAS SK SEPAGAYA DORIS MANIOR RAMLAH TUMIRAN SK SEPAGAYA DORIS MANIOR RAMLAH TUMIRAN USTAZ JAMALLUDIN JUNLI EDY BIN JAMIL YAHAYA BIN AHMAD USTAZ JAMALLUDIN JUNLI EDY BIN JAMIL YAHAYA BIN AHMAD PENGURUSAN AGENSI LUAR GERAI JUALAN MAKANAN & MINUMAN HJH. MUSSARAT BINTI ABU BAKAR REFINA HARNINGSIH BINTI AHMAD MASLIANAH BINTI GUDING HJH. MUSSARAT BINTI ABU BAKAR REFINA HARNINGSIH BINTI AHMAD MASLIANAH BINTI GUDING CHAI YAPP CHIEN DR ABDUL RAHMAN BIN TANJILUL CHAI YAPP CHIEN DR ABDUL RAHMAN BIN TANJILUL PUBLISITI & PROMOSI TAJAAN SEMUA PENGURUSAN TERTINGGI MOHD FAUZI BIN ALI JOSEPH RAKIAN MOHD FAUZI BIN ALI JOSEPH RAKIAN PENGANGKUTAN HUSSIN BIN LABUNI LARIKUNAM LANTUMUNA MOHD SUHAILIE MOHD SALLEH HUSSIN BIN LABUNI LARIKUNAM LANTUMUNA MOHD SUHAILIE MOHD SALLEH JAWATANKUASA PERALATAN DAN LOGISTIK HAJI GUNTUR BIN BANJARE MOHD IZWAN FARID BIN ABD RAZAK LATAWI BIN LABUNI HAJI GUNTUR BIN BANJARE MOHD IZWAN FARID BIN ABD RAZAK LATAWI BIN LABUNI L.O PERASMI SUARDI BIN ABDULLAH KESELAMATAN & LALU LINTAS ENCIK LASALAMA BIN LAI KHAN CHEE WEI ENCIK LASALAMA BIN LAI KHAN CHEE WEI LAILA MAJNUN BINTI MOHAMMAD CECIL CORDOVA LAILA MAJNUN BINTI MOHAMMAD CECIL CORDOVA FOTOGRAFI ADHARI RAPPE MOHD HAFIZIE ZAINUDDIN MOHD KHAIRANI ANIS SAHIBIN ADHARI RAPPE MOHD HAFIZIE ZAINUDDIN MOHD KHAIRANI ANIS SAHIBIN HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL LINI BINTI OTHMAN NAHASIA BINTI HASSAN JUNAIDAH BINTI ABD WAHAB HASNI BINTI YAHIL FADZLINAH BINTI NOH ASNAH BINTI LUDIN LINI BINTI OTHMAN NAHASIA BINTI HASSAN JUNAIDAH BINTI ABD WAHAB HASNI BINTI YAHIL FADZLINAH BINTI NOH ASNAH BINTI LUDIN BANNER & BACKDROP MOHD RAKI BIN HUSSIN MOHAMMAD AZRI BIN KUDDAK MOHD RAKI BIN HUSSIN MOHAMMAD AZRI BIN KUDDAK MONTAJ PAMERAN KEBERSIHAN & KESIHATAN MADRIS BIN OMAT SYED NASIR BIN SYED MOHAMMAD SK UNICO DESA SEMUA STAF PPD MADRIS BIN OMAT SYED NASIR BIN SYED MOHAMMAD SK UNICO DESA SEMUA STAF PPD ENCIK CHANG TUCK FUI ENCIK JUHARIN LAIDIN ENCIK CHANG TUCK FUI ENCIK JUHARIN LAIDIN BUKU ATURCARA PROGRAM TEKNIKAL MOHD EMAN BIN SULAIMAN MOHD FAIZAZ BIN MUSTARI MOHD FAUZI BIN MOHD FAIZAL MOHD EMAN BIN SULAIMAN MOHD FAIZAZ BIN MUSTARI MOHD FAUZI BIN MOHD FAIZAL NORALIZAH BINTI ASUMI IEZZATUL SYAHIERA BADAL ABDULLAH NORALIZAH BINTI ASUMI IEZZATUL SYAHIERA BADAL ABDULLAH HERDIE SHAH BIN ABDULLASANI IBNUL KAIYAM BIN ROSLAN HERDIE SHAH BIN ABDULLASANI IBNUL KAIYAM BIN ROSLANCECIL CORDOVA LAILA MAJNUN BINTI MOHAMMAD P.A SYSTEM KASFULLAH BIN MD. KASANON RAMDAN BIN NURDIN KASFULLAH BIN MD. KASANON RAMDAN BIN NURDIN FLOOR MANAGER PERASMIAN DAN PENUTUPAN ENCIK RAHIMEN BIN RADIN PERSIAPAN TEMPAT PERSIAPAN PENTAS SJKC YUK CHOI JOVITA GITOM SJKC YUK CHOI JOVITA GITOM USTAZ JAMALLUDIN JUNLI EDY BIN JAMIL YAHAYA BIN AHMAD USTAZ JAMALLUDIN JUNLI EDY BIN JAMIL YAHAYA BIN AHMAD PROTOKOL DAN SALUTASI RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDULLAH ASMIN BIN TUYUN RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDULLAH ASMIN BIN TUYUN BACAAN DOA USTAZ JEFFRI BIN DZULKIFLI PENGANGKUTAN HUSSIN BIN LABUNI LARIKUNAM LANTUMUNA MOHD SUHAILIE MOHD SALLEH HUSSIN BIN LABUNI LARIKUNAM LANTUMUNA MOHD SUHAILIE MOHD SALLEH TEKS UCAPAN PERASMI NORHIDAYU BINTI MD. GHAZALI TEKS UCAPAN PPD PRETTY JAWAS JURU ACARA JULIUS BIN TUNDU (GB SK ST. DOMINIC) ROSLINAWATI BINTI SAWAL (GB SK SRI PANTAI). JULIUS BIN TUNDU (GB SK ST. DOMINIC) ROSLINAWATI BINTI SAWAL (GB SK SRI PANTAI). PENILAIAN, PEMANTAUAN DAN PELAPORAN CECIL CORDOVA LAILA MAJNUN BINTI MOHAMMAD CECIL CORDOVA LAILA MAJNUN BINTI MOHAMMAD FOTOGRAFI ADHARI RAPPE MOHD HAFIZIE ZAINUDDIN MOHD KHAIRANI ANIS SAHIBIN ADHARI RAPPE MOHD HAFIZIE ZAINUDDIN MOHD KHAIRANI ANIS SAHIBIN HADIAH, CENDERAMATA DAN SIJIL LINI BINTI OTHMAN NAHASIA BINTI HASSAN JUNAIDAH BINTI ABD WAHAB HASNI BINTI YAHIL FADZLINAH BINTI NOH ASNAH BINTI LUDIN LINI BINTI OTHMAN NAHASIA BINTI HASSAN JUNAIDAH BINTI ABD WAHAB HASNI BINTI YAHIL FADZLINAH BINTI NOH ASNAH BINTI LUDIN KESELAMATAN & LALU LINTAS ENCIK LASALAMA BIN LAI KHAN CHEE WEI ENCIK LASALAMA BIN LAI KHAN CHEE WEI KEBERSIHAN & KESIHATAN MADRIS BIN OMAT SYED NASIR BIN SYED MOHAMMAD SK UNICO DESA SEMUA STAF PPD MADRIS BIN OMAT SYED NASIR BIN SYED MOHAMMAD SK UNICO DESA SEMUA STAF PPD BUKU ATURCARA PROGRAM TEKNIKAL MOHD EMAN BIN SULAIMAN MOHD FAIZAZ BIN MUSTARI MOHD FAUZI BIN MOHD FAIZAL MOHD EMAN BIN SULAIMAN MOHD FAIZAZ BIN MUSTARI MOHD FAUZI BIN MOHD FAIZAL NORALIZAH BINTI ASUMI IEZZATUL SYAHIERA BADAL ABDULLAH NORALIZAH BINTI ASUMI IEZZATUL SYAHIERA BADAL ABDULLAH PENDAFTARAN NURSITA BINTI OLTIS SITI MARIAM HAIL AESAH BINTI GULAM MARIAM BINTI JOLSON NURSITA BINTI OLTIS SITI MARIAM HAIL AESAH BINTI GULAM MARIAM BINTI JOLSON JAMUAN HJH.SUBAEDA MUHARAM NORHAYATI BINTI MATJALI. ANIMAH BINTI MOHD ALI JURINA BINTI JAMALUDDIN HJH.SUBAEDA MUHARAM NORHAYATI BINTI MATJALI. ANIMAH BINTI MOHD ALI JURINA BINTI JAMALUDDIN LOGISTIK & PERALATAN HAJI GUNTUR BIN BANJARE MOHD IZWAN FARID BIN ABD RAZAK LATAWI BIN LABUNI HAJI GUNTUR BIN BANJARE MOHD IZWAN FARID BIN ABD RAZAK LATAWI BIN LABUNI PERSEMBAHAN MURID LIZA BIN AMILASAN SMK SEPAGAYA SK LAHAD DATU III LIZA BIN AMILASAN SMK SEPAGAYA SK LAHAD DATU III PENYAMBUT TAMU VVIP/VIP PENYAMBUT TAMU/USHER IDAWATI ALISGAR AISHAH BINTI HIDUP VENNA VILLANUEVA NURSAFIQAH BINTI INAWASIL SAIDATUL KHATIJAH BINTI ABDUL SAID IDAWATI ALISGAR AISHAH BINTI HIDUP VENNA VILLANUEVA NURSAFIQAH BINTI INAWASIL SAIDATUL KHATIJAH BINTI ABDUL SAID SEMUA PENGURUSAN TERTINGGI PPD BACAAN IKRAR USTAZ AZIZ BIN SARAIL