.bm contoh pentasiran - PDF to Document
Published on Oct 23, 2026
Description:
Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
BAHASA MELAYU
SAMPLE QUESTION PAPER 2026- 2027
SUBJECT CODE - 099
CLASS X
Markah: 80 Masa: 3 Jam
___________________________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
INSTRCTIONS MAY PLEASE CHANGE AS PER EDITED QUESTION PAPER
ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D.
2. Bahagian A berbentuk pelbagai pilihan (MCQ). Bahagian ini mempunyai 3 soalan,
iaitu nombor 1, 2, dan 3. Anda wajib untuk menjawab semua bahagian tersebut.
3. Bahagian B merupakan soalan berbentuk penulisan. Bahagian ini mempunyai 2 soalan,
soalan 4 dan 5. Jawab semua pada soalan 4. Soalan 5 terdiri daripada soalan (a) dan
(b), anda hanya perlu pilih satu dan jawab.
4. Bahagian C terdiri daripada Soalan 6, 7, dan 8 yang mengandungi 20 soalan
tatabahasa. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.
5. Bahagian D terdiri daripada Soalan 9, 10, 11, dan 12. Semua soalan dalam bahagian
ini ialah soalan KOMSAS. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.
6. Anda dinasihati supaya mengambil masa untuk menjawab soalan Bahagian A (50
minit), B (50 minit), C (40 minit), dan D (40 minit).
7. Anda dikehendaki menulis jawapan dalam kertas jawapan yang telah disediakan.
8. Anda diberi masa 15 minit untuk membaca kertas soalan. Anda tidak dibenarkan
menulis atau membuat sebarang catatan dalam tempoh tersebut.
9. Kertas soalan ini mengandungi 18 muka surat sahaja.
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
Bahagian A
(15 Markah)
SOALAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya.
(Read the passage carefully, then answer the following questions.)
(5 Markah)
Pada cuti penggal yang lalu, saya, Naem, dan Afif telah berkunjung ke rumah sahabat saya
di Sarawak. Tujuan kami adalah untuk ke perkampungan rakan kami yang telah berpindah
sekolah. Berikut ialah catatan ringkas tentang kunjungan tersebut.
Khamis, 9 Mac 2023
Pukul 8.30 pagi, kami bertiga bertemu di KLIA. Kami menaiki penerbangan pada
pukul 9.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada pukul 11.45 pagi. Ketibaan kami
disambut oleh Steven yang menanti bersama-sama ayahnya.
Pukul 1.00 tengah hari, kami tiba di rumah Steven. Ketibaan kami disambut gembira
oleh keluarganya. Kami makan tengah hari dan berehat.
Jumaat, 10 Mac 2023
Steven membawa kami mandi-manda di sungai yang terdapat di belakang
rumahnya. Air sungai itu sunggup sejuk dan jernih. Kami dapat melihat ikan seluang
berenang-renang.
Kira-kira pukul 2.00 petang, selepas solat zohor, kami dibawa ke dusun. Kami
bertiga berbasikal, manakala Steven membonceng motosikal milik ayahnya. Dusun yang
terletak dua kilometer dari rumah Steven penuh dengan buah durian, dokong, langsat dan
lain-lain. Kami menikmati buah-buahan di dusun itu. Naem makan dengan gelojoh sekali.
Sabtu, 11 Mac 2023
Pukul 9.00 pagi, kami mengikut ayah Steven ke hutan untuk mengambil madu lebah
dan mencari rotan untuk dijual. Tiba-tiba, suatu kejadian buruk berlaku. Steven disengat
tebuan dan menangis kesakitan.
Kami berasa simpati terhadap Steven. Selepas itu kami terus pulang ke rumah.
Rancangan untuk melawat ke Muzium Sarawak pada hari itu terpaksa kami batalkan. Ibu
Steven menyapu tempat sengatan dengan kapur sirih. Kami berehat di rumah dan menonton
televisyen sahaja.
Ahad, 12 Mac 2023
Bertolak dari rumah Steven. Berat hati untuk meninggalkan Steven dan
keluarganya yang sangat baik. Kami bersalaman dengan semua.
Kami tiba di KLIA pada pukul 1.00 tengah hari. Penat tetapi gembira. Tidak sabar
untuk menceritakan pengalaman ini kepada keluarga.
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
I. Pada pukul berapakah penulis dan rakan-rakannya tiba di Sarawak?
A. 11:45 pagi
B. 10:45 pagi
C. 1:30 tengah hari
D. 1:00 tengah hari
II. Mengapakah hasrat penulis untuk melawat ke muzium tidak tercapai?
A. Penulis sakit kepala.
B. Penulis menonton televisyen di rumah.
C. Steven disengat tebuan.
D. Ayah Steven tidak membenarkan mereka pergi.
III. Apakah maksud berat hati dalam petikan di atas?
A. Gembira
B. Kecewa
C. Sedih
D. Ketawa
IV. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penulis dan rakan-rakannya pada 10 Mac 2023?
A. Mereka mengambil madu di hutan.
B. Mereka menunggu Steven di lapangan terbang.
C. Mereka berbasikal ke dusun.
D. Mereka bertolak dari rumah Steven ke KLIA.
V. Berikut merupakan tindakan penulis dan rakan-rakannya selepas Steven disengat
tebuan, KECUALI
A. menikmati buah-buahan yang dipetik dari dusun
B. ibu Steven menyapu kapur sirih pada tempat sengatan tebuan
C. berehat di rumah dan menonton televisyen
D. terus pulang ke rumah Steven
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
SOALAN 2
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.
(Read the advertisement carefully, then answer the following questions)
(5 Markah)
I. Siapakah penganjur bagi pertandingan bercerita pada tahun 2024?
A. Cikgu Maisarah
B. Guru Bahasa Melayu
C. SK Tun Aminah
D. Persatuan Bahasa Malaysia SK Tun Aminah
PERTANDINGAN BERCERITA
Persatuan Bahasa Malaysia SK Tun Aminah akan menganjurkan pertandingan bercerita
sempena Minggu Bahasa Malaysia. Butir-butir pertandingan adalah seperti yang berikut:
Tarikh tutup penyertaan : 01 Mac 2024
Semua pemenang akan diberi sijil penghargaan
Sesiapa yang berminat hendaklah mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu
Maisarah.
Tarikh : 22 Mac 2024
Masa : 8.00 pagi
Tema : Kasih Sayang
Tempat : Dewan Sekolah Wawasan
Peserta : Terbuka kepada murid Tahap 2
Hadiah :
Pemenang pertama – Hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00
Pemenang kedua - Hadiah wang tunai sebanyak RM 80.00
Pemenang ketiga - Hadiah wang tunai sebanyak RM 50.00
5 pemenang sagu hati – Hadiah wang tunai sebanyak RM 20.00
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
II. Siapakah yang tidak layak untuk menyertai pertandingan bercerita tersebut?
A. Kok Ming dari kelas Enam Mawar
B. Khairul dari kelas Tiga Baiduri
C. Kelvin dari kelas Lima Teratai
D. Sharmila dari kelas Empat Melur
III. Apakah tujuan utama pertandingan ini diadakan?
A. Untuk memenuhi aktiviti sempena Minggu Bahasa Malaysia di sekolah.
B. Untuk memupuk bakat murid-murid dalam bercerita.
C. Untuk menyemai semangat kasih sayang dalam kalangan guru dan murid.
D. Untuk memilih murid yang bakal mewakili sekolah ke peringkat daerah.
IV. Berapakah jumlah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang ketiga?
A. RM 100
B. RM 80
C. RM 50
D. RM 20
V. Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan bercerita tersebut?
A. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru kelas masing-masing.
B. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru penasihat persatuan.
C. Mendapatkan borang penyertaan daripada wakil persatuan.
D. Mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Maisarah.
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
SOALAN 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.
(Read the passage carefully, then answer the following questions.)
(5 Markah)
Lot 208, Tanjung Gajah,
Kampung Sungai Dusun,
44010 Kuala Kubu Baharu.
Ketua Pengarah,
Pejabat Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN),
Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun,
44010 Kuala Kubu Baharu,
Selangor Darul Ehsan. 20 Oktober 2015.
Tuan,
KEGIATAN MEMBURU BINATANG DI HUTAN SIMPAN TANJUNG GAJAH
Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung, (JKKK) Tanjung Gajah, Mukim Kampung Sungai Dusun memohon agar pihak
PERHILITAN dapat mengambil tindakan drastik terhadap pemburu-pemburu haram yang
memburu binatang di hutan yang berhampiran kampung kami.
2. Sejak akhir-akhir ini, kegiatan memburu binatang yang dilindungi di hutan itu semakin
menjadi-jadi. Kami mengesyaki pemburu-pemburu tersebut terdiri daripada orang luar dan
memburu binatang secara haram. Beberapa orang penduduk kampung terserempak dengan
mereka ketika mencari rotan, damar, petai, durian bukit dan hasil-hasil hutan.
3. Pemburu-pemburu itu hanya memburu pelanduk dan rusa. Tiga hari yang lalu, kami
telah terserempak dengan pemburu yang sedang mengandar rusa dan pelanduk untuk
dibawa keluar dari hutan semasa kami memikat ayam hutan serta burung punai gading.
4. Saya amat bimbang jika kegiatan ini tidak dikawal, banyak haiwan yang akan dibunuh.
Saya berharap agar pihak tuan dapat menyiasat perkara tersebut supaya haiwan-haiwan
berkenaan tidak diancam kepupusan akibat kerakusan manusia. Kami juga sedia untuk
memberi kerjasama jika pihak tuan memerlukan bantuan.
5. Saya berharap semoga pihak tuan dapat mengatasi kegiatan pemburuan haram ini
dengan segera. Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Alif Syukri
(ALIF SYUKRI BIN MANSOR)
Setiausaha,
JKKK, Tanjung Gajah,
Kampung Sungai Dusun.
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
I. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam suratnya itu?
A. Perasaan kecewa
B. Perasaan marah
C. Perasaan bimbang
D. Perasaan gembira
II. Hutan Simpan Tanjung Gajah menjadi tempat perteduhan bagi binatang-binatang
___________________-.
A. kancil, rusa, ayam punai dan ayam hutan.
B. rusa, ayam hutan, seladang dan pelanduk..
C. burung puyuh gading, rusa, pelanduk dan ayam hutan.
D. ayam hutan, rusa, seladang dan kancil.
III. Selain binatang buruan, apakah khazanah hutan yang dijadikan sebagai sumber rezeki?
A. Cendawan, damar, petai hutan dan madu lebah.
B. Nipah, kemenyan, durian bukit dan rotan.
C. Petai, akar kayu, buluh dan rotan saga.
D. Durian bukit, rotan, damar dan petai.
IV. Apakah maksud bagi perkataan drastik dalam petikan di atas?
A. sederhana
B. lembut
C. ringan
D. ketat
V. Semua pernyataan tidak benar tentang petikan surat di atas, KECUALI
A Penduduk kampung mengandar pelanduk dan rusa yang ditembak oleh
pemburu.
B. Rusa dan pelanduk menjadi penghuni Hutan Simpan Tanjung Gajah.
C. Pemburu mencuri damar dan rotan kepunyaan penduduk kampung.
D. Beberapa orang pemburu haram telah ditangkap oleh pihak PERHILITAN.
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
Bahagian B
(20 Markah)
SOALAN 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis satu ringkasan tentang kepentingan menjaga
kesihatan diri. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
(Read the passage carefully and write a summary on the importance of maintaining personal
health. The summary should be no more than 80 words. You are encouraged to use your own
sentences without changing the original meaning of the statement.) (10 Markah)
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Meskipun anda
mempunyai duit yang banyak, duit bukanlah jaminan kepada kesihatan yang baik. Oleh hal
itu, menjadi kewajipan setiap individu untuk memastikan amalan penjagaan kesihatan diri
dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.
Apabila kesihatan diri terjaga, kita mampu melakukan pelbagai aktiviti. Contohnya,
bermain bola sepak dan beriadah bersama-sama dengan anggota keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu. kita dapat belajar dengan selesanya kerana mudah menumpukan perhatian
sewaktu guru sedang mengajar di dalam kelas. Kesihatan diri yang terjaga juga
membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara. Kita akan
menjadi lebih kreatif dan inovatif juga.
Individu yang mengutamakan kesihatan diri dapat mengelakkan diri daripada
dijangkiti penyakit. Kewujudan pelbagai penyakit yang berbahaya pada hari ini amat
menggerunkan semua lapisan masyarakat. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh,
sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang lebih efektif. Kita
disarankan supaya makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang membekalkan pelbagai
mineral dan vitamin.
Seseorang yang mementingkan kesihatan diri dapat menjimatkan wang juga. Hal
ini dikatakan demikian kerana apabila seseorang menghidap sesuatu penyakit terpaksa
mengeluarkan wang yang banyak untuk merawat penyakit yang dihidapnya. Sebaliknya,
jika kita sihat, wang yang kita miliki itu dapat digunakan untuk melancong, membuat
kebajikan, atau membeli barang keperluan yang lain.
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
SOALAN 5
Pilih salah satu daripada tajuk di bawah dan tuliskan sebuah karangan. Panjang karangan anda
hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.
(10 Markah)
(a) Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu bercadang untuk mengadakan
lawatan ke tempat yang menarik.
Tulis sepucuk surat kepada guru besar untuk meminta kebenaran bagi
mengadakan lawatan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
ATAU
(b)
Berdasarkan pepatah di atas, tulis sebuah karang yang bertajuk ‘Jiran Saya’.
Jiran Sepakat Membawa Berkat
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.Please note that the assessment scheme of the Academic session 2025-26 will continue in the current session i.e. 2026-27
Bahagian C
(20 Markah)
SOALAN 6
Susun semula frasa yang berikut supaya menjadi ayat yang lengkap.
(Rearrange the phrases below to form complete sentences.)
(5 Markah)
I. sekolah. / Murid-murid / di / mengulang / perpustakaan / sedang /
kaji / pelajaran.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
II. selepas / menghadiri / Haziq / pada setiap hari / kelas tuisyen /
waktu persekolahan.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
III. di / yang ngeri itu / Kemalangan / bangunan lama. / hadapan / berlaku
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
IV. sambutan / bergotong-royong / Encik Steven sekeluarga / sempena /
kawasan / Hari Krismas. / membersihkan / rumah
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
V. air kelapa. / pesakit / Doktor pakar / minum / menggalakkan /
demam denggi / untuk
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
There is no change in the Question Paper Design and Assessment Pattern for Academic Session 2026-27.