Warna-Warni Kaum di Malaysia 3D Picture Storybook (1)

Published on Oct 24, 2026

Warna-Warni Kaum di Malaysia 3D Picture Storybook (1)

Warna-Warni Kaum di Malaysia 3D Picture Storybook (1) - Document to Flipbook

Published on Oct 24, 2026

Description:

WWAARRNNAA WWAARRNNII KKAAUUMM DDII MMAALLAAYYSSIIAA WARNA WARNI KAUM DI MALAYSIA bbyy TTPP KKuubbaanngg PPaassuuIni Amir dan Aina. Mereka kaum Melayu. Amir memakai baju Melayu, manakala Aina memakai baju kurung. Amir dan Aina suka makan nasi lemak dan ketupat. Mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Mereka berasa gembira apabila dapat berkumpul dan bermaafmaafan.Ini Mei Mei danWei Ming. Mereka kaumCina. Mei Meimemakai cheongsam,manakalaWei Ming memakaisamfu. Mereka sukamakan kuih bakul dan tangyuan. MerekamenyambutTahun Baharu Cina bersama keluarga. Rumahmereka dihiasi dengan tanglungmerah. Mereka berasa gembira apabila dapat berkumpul bersama orang tersayang.Ini Ravi dan Kavitha. Mereka kaum India. Ravi memakai doti, manakala Kavitha memakai sari. Mereka suka makan tosai dan murukku. Mereka menyambut Deepavali bersama keluarga. Rumah mereka dihiasi dengan pelita dan kolam yang berwarna-warni. Deepavali membawa kegembiraan kepada mereka.GAYU GURU GERAI NYAMAI IniJanting.Janting berasal daripada masyarakat Iban di Sarawak. Janting suka memakai pakaian tradisional masyarakatnya. Pakaian itu mempunyai corak dan hiasan yang menarik. Janting menyambut Hari Gawai bersama keluarga dan masyarakatnya. Mereka bersyukur atas hasil tuaian dan bergembira bersama-sama.Pesta Kaamatan Kaamatan Pesta Kaamatan Ini Kinas. Kinas berasal daripada masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah. Kinas memakai pakaian tradisional masyarakatnya yang cantik dan unik. Kinas menyambut Pesta Kaamatan bersama keluarga. Perayaan ini berkaitan dengan kesyukuran atas hasil tuaian. Kinas berasa bangga dengan budaya masyarakatnya.Tabika Perpaduan Tabika Perpaduan Kepelbagaian Menyatukan Kita Kepelbagaian Menyatukan Kita Hormat Bersahabat Bersahabat Bersahabat Malaysia Kita Malaysia Kita Malaysia Kita Pada suatu hari, Amir, Mei Mei, Ravi,Janting dan Kinas berkumpul di tabika. Mereka memakai pakaian tradisional masing-masing.“Wah, cantiknya pakaian kamu!” kata Aina.“Terima kasih! Pakaian kita semuanya unik,”jawab Mei Mei. Mereka saling memuji dan menghormati pakaian tradisional rakan-rakan mereka. Berkongsi Berkongsi BerkongsiMakanan Tradisional Malaysia Cikgu membawa pelbagai gambar makanan tradisional untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak. ‘Ini nasi lemak,’ kata Amir. ‘Ini tangyuan,’ kata Mei Mei. ‘Ini tosai,’ kata Ravi.Janting dan Kinas pula bercerita tentang makanan tradisional masyarakat mereka. Semua kanakkanak mendengar dengan penuh minat. Mereka belajar bahawa setiap masyarakat mempunyai makanan tradisionalyang istimewa. Nasi Lemak Tangyuan Tosai Makanan Tradisional Iban Makanan Tradisional Kadazan-DusunKepelbagaian Membuat Kita Lebih Kuat Hormat Rakan Harga Perbezaan Kita Bersama Lebih Ceria Malaysia Rumah Kita Cikgumeminta setiap kanak-kanak bercerita tentang perayaan yang disambut oleh keluargamereka. Amir bercerita tentang Hari Raya Aidilfitri. Mei Mei bercerita tentang Tahun Baharu Cina. Ravi pula bercerita tentang Deepavali. Janting berkongsi cerita tentang Hari Gawai,manakala Kinas bercerita tentang Pesta Kaamatan. Rakan-rakanmendengar dengan gembira. Merekamenghormati perayaan yang disambut oleh setiapmasyarakat.Pada suatu hari, Mei Mei terjatuh ketika bermain di taman tabika. Amir segera membantunya berdiri. Ravi pula membantu mengutip barangbarang Mei Meiyang terjatuh.“Terima kasih, kawan-kawan!” kata Mei Mei.“Sama-sama. Kita mesti saling membantu,”jawab Amir. Cikgu memuji mereka kerana menunjukkan sikap baik hati dan prihatin.