e-Buletion CT Geo PKS 2026

Published on Oct 08, 2026

e-Buletion CT Geo PKS 2026

e-Buletion CT Geo PKS 2026 - Document to Flipbook

Published on Oct 08, 2026

Description:

2838-0509 Kandungan Muka Surat Perutusan Pengarah Sidang Redaksi 1.Pengenalan Centre of Technology Geomatics 2.Pencapaian Kecemerlangan Kolaborasi dan Sinergi Industri 3.Pencapaian Kecemerlangan Pengiktirafan dan Inovasi, Penyelidikan & Penerbitan 4.Pencapaian Kecemerlangan Khidmat Kepakaran 5.Pencapaian Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran 6.Rakan Kolaborasi Industri Carta Organisasi CT Geo Isi Kandungan 17 7 2 3 1 28 35 36 31Perutusan Pengarah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, e-Buletin Centre of Technology Geomatics (CT Geo), Politeknik Kuching Sarawak Edisi 1 Tahun 2026 dapat diterbitkan. Penerbitan buletin ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam mendokumentasikan aktiviti, pencapaian, program serta perkembangan Centre of Technology Geomatics sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2026. E-Buletin CT Geo diterbitkan sekali setahun sebagai wadah rasmi dalam mendokumentasikan dan berkongsi pelbagai aktiviti, pencapaian, inovasi serta perkembangan Centre of Technology Geomatics sepanjang tahun. Centre of Technology Geomatics memainkan peranan penting dalam memperkukuh bidang Geomatik, teknologi geospatial dan pendidikan TVET melalui pelaksanaan aktiviti akademik, penyelidikan, inovasi, perkongsian kepakaran serta jalinan kerjasama bersama industri dan komuniti. Perkembangan teknologi seperti Geographic Information System (GIS), Remote Sensing, Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Global Navigation Satellite System (GNSS) dan teknologi pemetaan digital terus membuka ruang baharu kepada warga akademik dan pelajar untuk meneroka penyelesaian yang inovatif serta relevan dengan keperluan semasa. Saya amat menghargai komitmen dan kesungguhan semua warga Centre of Technology Geomatics dalam menjayakan pelbagai program dan inisiatif yang telah dilaksanakan. Usaha ini bukan sahaja menyumbang kepada kecemerlangan institusi, malah turut memperkukuh kompetensi pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi perkembangan teknologi serta cabaran dunia pekerjaan. Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga Centre of Technology Geomatics serta sidang redaksi atas usaha menerbitkan e-Buletin ini. Teruskan budaya mengilhamkan kecemerlangan, memperkasa inovasi dan membina masa depan Geomatik yang lebih lestari. Sekian, terima kasih. “GEOMATIK UNGGUL, TVET GEMILANG, MASA DEPAN CEMERLANG.” Pengarah Politeknik Kuching Sarawak 123Centre of Technology Geomatics (CT Geo) merupakan salah satu Centre of Technology (COT) di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang telah ditubuhkan pada tahun 2024 bagi meneroka dan menerajui penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang tujahan Geomatik. CT Geo memberi tumpuan kepada penerokaan, penggunaan, pemindahan dan peningkatan teknologi geospatial seperti Geographic Information System (GIS), Global Navigation Satellite System (GNSS), ukur dan pemetaan, penderiaan jauh, fotogrametri, Unmanned Aerial Vehicle (UAV), pemodelan 3D serta teknologi digital dan kecerdasan buatan. Penubuhan CTGeo juga bertujuan memperkukuh peranan PKS sebagai institusi TVET yang responsif terhadap perkembangan teknologi dan keperluan semasa industri. Dalam merealisasikan aspirasi tersebut, CT Geo berperanan sebagai platform penyelidikan, inovasi, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi melalui kerjasama strategik dengan industri, agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan profesional dan komuniti. Kerjasama ini membuka ruang kepada pembangunan penyelesaian teknologi yang praktikal, inovatif dan berimpak, di samping memperkasa kompetensi pensyarah dan pelajar melalui penglibatan dalam projek penyelidikan, inovasi dan aplikasi teknologi sebenar. CT Geo komited untuk terus memperluas jaringan kolaborasi dan menghasilkan penyelesaian berasaskan teknologi Geomatik yang menyumbang kepada pembangunan industri, pendidikan dan masyarakat. 1.0 Pengenalan Centre of Technology Geomatics Visi: Menjadi COT yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang tujahan di dalam dan luar negara Misi: Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui kolaborasi, penyelidikan dan inovasi serta khidmat kepakaran 45BENGKEL PERANCANGAN DAN PEMANTAPAN PUSAT TEKNOLOGI TARIKH: 05/02/2026-06/02/2026 TEMPAT: BILIK SEMINAR ULPL, PKS Bengkel Perancangan dan Pemantapan Pusat Teknologi merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh hala tuju dan peranan Centre of Technology Geomatics (CT Geo), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melalui penilaian kedudukan semasa serta perbincangan berkaitan visi, misi, objektif, bidang tujahan, penyelidikan dan inovasi, pembangunan kepakaran, kemudahan teknologi serta peluang kerjasama strategik. Bengkel ini turut memberi fokus kepada pemantapan pengurusan dan tadbir urus, di samping mengenal pasti cadangan serta tindakan susulan untuk memperluas jaringan kolaborasi, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi, memperkukuh pemindahan teknologi serta mengoptimumkan kepakaran dan kemudahan yang tersedia. Hasil bengkel diharapkan dapat menjadi asas kepada CT Geo untuk berkembang sebagai pusat teknologi yang inovatif, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan industri serta masyarakat. 67