Community Groups & Non-Profits Newsletter in Midnight Blue Modern & Futuristic Style

Published on Sep 14, 2026

Community Groups & Non-Profits Newsletter in Midnight Blue Modern & Futuristic Style

Community Groups & Non-Profits Newsletter in Midnight Blue Modern & Futuristic Style - PDF to Flipbook

Published on Sep 14, 2026

Description:

JKR KETENGAH #JASAKEPADARAKYAT BIL 1 / EDISI 2025 JKRKETENGAH 18 OGOS 2025 – Satu majlis telah dilaksanakan bagi meraikan penyerahan Projek Pembinaan Pusat Islam, Bandar Ketengah Jaya, Terengganu telah berjaya disiapkan dengan penuh jayanya pada 28 Julai 2025. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah selaku Pelanggan, pasukan projek dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk kita terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang di masa hadapan. Sorotan Utama MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN PUSAT ISLAM BANDAR KETENGAH JAYA “Kejayaan kita bukan hanya diukur pada pencapaian individu, tetapi bagaimana kita bergerak maju sebagai satu pasukan yang kukuh dan berdaya saing.” Ir Wan Khairul Anuar MAJLIS AMANAT PENGARAH 2025 & BACAAN IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Khabar Pusat Islam ini bukan sekadar sebuah bangunan, ianya adalah simbol kemajuan, pusat penyatuan masyarakat dan ruang pengembangan ilmu yang diharapkan memberi manfaat besar kepada warga setempat serta menyumbang kepada agenda pembangunan negara, khususnya di wilayah KETENGAH. 1 JANUARI 2025 – Satu Majlis Amanat Pengarah serta bacaan ikrar perkhidmatan awam telah dilaksanakan di JKR KETENGAH.JKR KETENGAH Program & Kursus 8 APRIL 2025 | Sedang berlangsung Kursus Pengurusan Dokumen Terperingkat anjuran JKR KETENGAH yang di sampaikan oleh YBrs. Ahmad Fakrudin Bin Azizan, Pengarah CGSO Terengganu. Selain itu, kursus ini juga memberi kefahaman tentang peraturan dan prosedur dalam menguruskan Rekod-rekod Kerajaan, Keselamatan Fizikal & Peribadi dan menjelaskan kepada peserta mengenai keperluan dan kepentingan Pengurusan Rahsia Rasmi & Keselamatan dalam Perkhidmatan Awam. KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT 2025 Khabar 9 MAC 2025 | Bengkel Pendaftaran Aset Bagi Skop Pendaftaran & Pelabelan Aset Secara Hands On untuk Projek Pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, Dungun Terengganu telah dijalankan bertempat di Dewan Utama, Aras 3,Blok D, Pejabat Ketengah dan disampaikan oleh Penceramah En Mohd Noor Bin Hamdan. BENGKEL PENDAFTARAN & PELABELAN ASET 12 Januari 2025 | Telah berlangsung satu sesi taklimat sempena Program Hari SKALA kepada semua kakitangan JKR KETENGAH. Program ini telah diketuai oleh Pengarah, Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad dan taklimat SKALA disampaikan En Mohd Hamidi Hadi bin Mohd Zabidin selaku Pegawai SKALA JKR KETENGAH. Sepanjang taklimat berlangsung, kakitangan telah diberi penerangan serta mengadakan 'hands on' untuk memberi pendedahan kepada PIC Projek dalam mengendali SKALA. PROGRAM HARI SKALA BIL 1/20252 Julai 2025 | Satu sesi lawatan teknikal telah diadakan ke kilang pemasangan sistem keluli di syarikat SRT Building Sdn Bhd, Taiping Perak. Rombongan lawatan yang terdiri daripada staff teknikal serta Pegawai Tapak Bina (PTB) bagi Projek Kompleks Sukan AMBS telah diberi taklimat teknikal serta melihat sendiri pembuatan di kilang bagi struktur keluli yang akan dipasang di tapak projek. LAWATAN TEKNIKAL 29-30 September 2025 l Ir Ts Mohd Faiz Bin Ab Ghani dan Puan Nur Shahudanadiah binti Husain daripada JKR KETENGAH telah menghadiri satu progam Asset And Project Management Conference yang telah berlangsung di The Everly Putrajaya. ASSET AND PROJECT MANAGEMENT CONFERENCE - APMC 2025 10 Disember 2025 | Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 berlangsung dengan penuh kemeriahan dan pengisian padat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. JKR KETENGAH turut sama hadir bagi memeriahkan program. HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2025JKR KETENGAH #JASAKEPADARAKYAT BIL 1 / EDISI 2025 12 & 13 OGOS 2025 - Satu sesi latihan teknikal kepada KETENGAH selaku pelanggan di Tapak Projek Pembinaan Pusat Islam, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu. Latihan ini meliputi penerangan terperinci dan demonstrasi operasi bagi Sistem Elektrik (sistem pemasangan LV, ELV dan ICT), Sistem Mekanikal (Penyaman Udara & Mechanical Ventilation), Sistem Perlindungan Kebakaran (Fire Protection) serta Sistem Pam Penggalak. LATIHAN TEKNIKAL SISTEM ELEKTRIK & MEKANIKAL KEPADA PELANGGAN 17 DISEMBER 2025 - 1 Bengkel HIRADC telah dilaksanakan di Bilik Perbincangan JKR KETENGAH daan dihadiri oleh semua staff. BENGKEL PENGENALPASTIAN BAHAYA, PENILAIAN RISIKO & PENETAPAN KAWALAN (HIRADC) 12 & 13 OGOS 2025 - Wakil Jurutera JKR KETENGAH, Ir Ts Mohd Faiz Bin Ab Ghani telah menjadi wakil panel juri dalam program I-Matrix 2025 yang telah berlangsung selama 2 hari anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). INTERNATIONAL CONFERENCE ON MULTIDISPLINARY APPROACHES TO TVETRESEARCH (i-MATRIX2025)JKR KETENGAH 21-25 OKTOBER 2025 | Tiga orang staff JKR KETENGAH telah telibat dalam Temasya Sukan MAKSPEN XV yang berlangsung di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor. Puan Wan Azura telah memperoleh pingat Perak dalam acara ping pong berkumpulan. Manakan Cik Wan Murniza telah bermain dalam acara badminton dan Cik Nur Hidayah pula merupakan salah seorang atlet bola jaring. KEJOHANAN SUKAN MAKSPEN XV2025 Khabar 15 Disember 2025 | JKR KETENGAH telah menghantar 4 orang wakil ke Pertandingan Tenpin Bowling Terbuka Berpasukan anjuran JKR Negeri Terengganu. Selain daripada penglibatan staff JKR, kejohanan ini turut melibatkan beberapa rakan industri. KEJOHANAN PERTANDINGAN TENPIN BOWLING JKR NEGERI TERENGGANU & RAKAN INDUSTRI TAHUN 2025JKR KETENGAH 8 Mei 2025 | Satu sesi lawatan teknikal yang telah dianjurkan oleh pihak Kontraktor ke Kuala Lumpur bersama Pengarah JKR KETENGAH, wakil bahagian dan pembekal produk bahan binaan fasiliti sukan. Lawatan ini membuka ruang untuk memperluaskan perspektif teknikal berkaitan pembangunan fasiliti sukan. Pengarah turut menyatakan keyakinan bahawa pendedahan ini akan menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran teknikal warga JKR KETENGAH dalam menyokong pembangunan infrastruktur sukan yang lebih berdaya saing dan mampan LAWATAN TEKNIKAL Khabar 10-11 Jun 2025 l Bengkel Pengurusan Risiko bagi Projek Membina dan Menaiktaraf Infrastruktur Pelengkap Kompleks Sukan di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu telah disampaikan oleh Tuan Ir. Ts. Mohd Azlan bin Othman. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengenalpasti risiko yang boleh memberi impak kepada projek dan membincangkan langkah-langkah mitigasi untuk mengatasi risiko yang telah dikenalpasti bagi kelancaran perjalanan projek seterusnya mewujudnya sistem pemantauan risiko berterusan sehingga projek siap. BENGKEL PENGURUSAN RISIKOJKR KETENGAH 14 DISEMBER 2025 | KUNJUNG HORMAT JKR KETENGAH BERSAMA PENGURUS BESAR KETENGAH Jabatan Kerja Raya (JKR) KETENGAH telah mengadakan kunjung hormat bersama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama dua hala antara kedua-dua agensi. Kunjung hormat tersebut berlangsung di Pejabat Pengurus Besar KETENGAH. Pertemuan ini menjadi platform penting bagi mengeratkan ukhuwah profesional, memperluas jaringan kerjasama serta memperkukuh hubungan kerja yang telah lama terjalin antara JKR KETENGAH dan KETENGAH. KUNJUNG HORMAT JKR KETENGAH Khabar 4 OGOS 2025 – Satu Program Integriti telah diadakant di Dewan Utama Pejabat KETENGAH dan telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, YBrs. Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad. Antara pengisian program ialah taklimat berkenaan Pengenalan Sistem Pengurusan Rasuah (SPAR) JKR dan Pelan Pengurusan Risiko (CRM) JKR Ketengah yang telah disampaikan oleh Ir. Ts. Izham Bin Ashab @ Izhab selaku Pegawai Integriti Jabatan. PROGRAM INTEGRITI JKR KETENGAHHasil Audit: Skor:95% (CEMERLANG) MEI 6 JKR KETENGAH #JASAKEPADARAKYAT BIL 1 / EDISI 2025 Audit Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh wakil auditor SIRIM bagi memastikan pematuhan SPKKP ISO 45001: 2018 dilaksanakan secara efektif dan berterusan bagi membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat di tapak bina. Hasil Audit : 0 NCR 1 OFI AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) ISO 45001: 2018 APRIL 24 AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) PREMIS JKR KETENGAHPelaksanaan Audit SPAR ini melibatkan skop pengurusan projek, khidmat kejuruteraan dan perolehan yang meliputi peringkat pengurusan serta peringkat pembinaan. Hasil Audit: Skor: 98.57% (CEMERLANG) AUDIT VERIFIKASI PENGURUSAN STOR KERAJAAN BAGI JKR KETENGAH Pasukan Auditor terdiri daripada Pegawai Verifikasi Stor JKR Unit Tentera Negeri Kelantan. Hasil Audit: Skor: 94% (CEMERLANG) OGOS 27-28 NOV 10 JKR KETENGAH #JASAKEPADARAKYAT BIL 1 / EDISI 2025 Audit dalaman bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) JKR EMS ISO 14001:2015 dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan pelaksanaan projek terhadap dasar, objektif, prosedur serta keperluan perundangan berkaitan alam sekitar. Hasil Audit: Skor: 96.17% (CEMERLANG) AUDIT Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) JKR EMS ISO 14001:2015 JUL 22-24 AUDIT Dalaman Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial Jabatan Kerja Raya Malaysia dalam memelihara kesihatan dan keselamatan di kawasan pembinaan.Taklimat pencegahan denggi telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Asri Ibrahim, Pegawai Kesihatan Vektor dari Pejabat Kesihatan Daerah Dungun. TAPAK PROJEK JALAN KG. PASIR RAJA, HULU DUNGUN, TERENGGANU KE SEMPADAN TERENGGANU/PAHANG(Fasa 3A) Taklimat Cegah Denggi disampaikan oleh En Shaiful Bahri bin Abdul Razak selaku Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, PKD Dungun. Selain itu, terdapat juga Pameran Replika Nyamuk Aedes dan kuiz interaktif berkaitan nyamuk Aedes bagi menguji tahap kesedaran dan pengetahuan para peserta. TAPAK PROJEK MEMBINA JALAN DARI AL MUKTAFI BILLAH SHAH KE DUNGUN, TERENGGANU OGOS 10 OGOS 21 Program Gotong-Royong Cegah Denggi TapakBina JKR Malaysia JKR KETENGAH #JASAKEPADARAKYAT BIL 1 / EDISI 2025 KURSUS KEPENTINGAN PENGURUSAN PROJEK JKR KETENGAH Satu Kursus Kepentingan Pengurusan Projek telah diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga kerja JKR Ketengah berkaitan pengurusan projek yang sistematik dan berkesan. Kursus ini telah disampaikan oleh Ir. Wan Khairul Anuar bin Wan Mohamad kepada semua pasukan projek yang terdiri daripada pelbagai disiplin. Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada aspekaspek penting dalam pengurusan projek termasuk perancangan, penyelarasan, pemantauan, pengurusan risiko serta kawalan kualiti dan kos. SEPT 10