ia - PDF to Flipbook
Published on Sep 09, 2026
Description:
PEMASYHURAN
KEMERDEKAAN
NAMA :
KELAS :
KAD PENGENALAN :
NAMA GURU :
ARSYAD IZZAT BIN ISMAIL
4 SP2
101114160057
CIKGU SYAHIRAH BINTI MOHD
HAMZAH
APAKAH KESAN KEMERDEKAAN TERHADAP
NEGARA KITA DARI SEGI ASPEK PERINGKAT
ANTARABANGSA?JADUAL KERJA
10/8/2026
10/8/2026
10/8/2026
10/8/2026
10/8/2026
14/8/2026
15/8/2026
15/8/2026
17/8/2026
19/8/2026
19/8/2026
24/8/2026
27/8/2026
19/8/2026OBJEKTIF KAJIAN
1.Pengertian kemerdekaan
2.Persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan
negara
3. Detik pemasyhuran kemerdekaan negara
4.Kesan kemerdekaan terhadap negara kita
5.Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
KAEDAH KAJIAN
1.4.1 Melayari Internet
Saya telah melayari internet melalui sesawang untuk mencari dan
mengumpul.
1.https://www.scribd.com/document/581038524/KAJIAN-KESTINGKATAN-4
1.4.2 Melayari Buku Teks
Sufean Hussin.(2008) . Pendidikan di Malaysia : Sejarah , Sistem dan
Falsafah . Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.
Melalui kajian ini , saya dapat mengetahuiKERANGKA
2.0 Pemasyhuran kemerdekaan
1. Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan
Negara: - Ditubuhkan Jawatankuasa Persediaan Fizikal.
2. Jawatankuasa Sambutan - Bertanggungjawab
memeriahkan sambutan kemerdekaan.
3. Detik 12:00 Tengah Malam - Berlangsung di Padang
Kelab Selangor (Dataran Merdeka).
4. Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
wilayah pengaruh
kerajaan
kedaulatan undang undang
lambang kebangsaan
pengiktirafan sebagai rakyatMerdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan
dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa
telah diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh
31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah bagi
negara kita. Rakyat berjuang untuk
membebaskan negara daripada cengkaman
kuasa asing. Bagi memastikan detik bersejarah
pemasyhuran kemerdekaan ini diingati,
pelbagai persediaan telah dibuat. Selain itu,
kemerdekaan meninggalkan kesan yang
penting untuk dihayati oleh generasi kini. Kita
perlu menghayati pengorbanan,
mempertahankan perpaduan dan nilai
kesetiaan dengan tidak berbelah bahagi supaya
negara kekal berdaulat.
LATAR BELAKANG KAJIANSejarah merupakan bidang ilmu yang penting kerana
melalui sejarah, kita dapat mengetahui peristiwa yang
berlaku pada masa lalu serta memahami perjuangan tokohtokoh terdahulu dalam mempertahankan tanah air. Kajian
kes ini dijalankan berdasarkan Bab 10 Sejarah Tingkatan 4,
iaitu Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air.
Kemerdekaan yang dikecapi oleh negara pada hari ini
bukanlah diperoleh dengan mudah, sebaliknya hasil
daripada perjuangan dan pengorbanan rakyat yang
berusaha membebaskan negara daripada penjajahan.
Pelbagai tokoh, pertubuhan dan golongan masyarakat telah
memainkan peranan penting dalam membangkitkan
semangat kebangsaan serta memperjuangkan hak dan
kedaulatan tanah air.
Melalui kajian kes ini, saya dapat memahami dengan lebih
mendalam tentang perjuangan rakyat dalam usaha
mencapai kemerdekaan. Selain itu, kajian ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan saya tentang pengorbanan
tokoh-tokoh terdahulu demi memastikan negara mencapai
kebebasan dan keamanan. Perjuangan mereka
membuktikan bahawa keberanian, kesungguhan dan
kerjasama amat penting dalam mencapai sesuatu matlamat.
Oleh itu, sebagai generasi muda, saya perlu menghargai jasa
mereka, memupuk semangat patriotisme serta bersamasama menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
3.0 PENGENALANKemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957
bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah merupakan
peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita.
Merdeka membawa erti bebas daripada sebarang
cengkaman kuasa asing. Merdeka juga bererti bebas
menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.
Kemerdekaan yang diperjuangkan merupakan
rentetan perjuangan yang panjang. Banyak takrif
merdeka yang boleh diteliti dan diambil iktibar
supaya generasi kini dan akan datang terus menjiwai
dan mempertahankan kemerdekaan.
Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan ialah
bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan.
Negara yang merdeka juga bermakna negara yang
berdaulat, iaitu mempunyai kuasa tertinggi.
Beberapa tokoh telah memberikan takrif
kemerdekaan, antaranya termasuklah Sayyid Jamal
al-Din al-Afghani, Rashid Rida, Mahatma Gandhi,
Nelson Mandela, Soekarno, Tunku Abdul Rahman,
Tun Temenggong Jugah anak Barieng, Tun Fuad
Stephens dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
PENGERTIAN KEMERDEKAANBagi memastikan detik kemerdekaan disambut dengan
sempurna, beberapa persediaan telah dilakukan oleh
Persekutuan Tanah Melayu dan negeri. Sebuah
Jawatankuasa Persediaan Fizikal telah ditubuhkan untuk
membuat persiapan seperti pembinaan Stadium Merdeka
dan istana untuk Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, Tunku
Abdul Rahman mencadangkan sebuah lagu rasmi
kebangsaan untuk diperdengarkan semasa upacara
Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lagu
tersebut diberi nama Negaraku dan digubah oleh Yusof
Abdul Latiff berdasarkan lagu negeri Perak, iaitu lagu Terang
Bulan.
Di samping itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu yang
telah sedia ada dijadikan bendera kebangsaan. Bendera
tersebut dicipta oleh Mohamed Hamzah dan mula
dikibarkan secara rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana
Sultan Selangor. Lambang Negara pula diperkenankan oleh
Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957. Kementerian Pertanian
juga meninjau pendapat rakyat untuk menentukan bunga
kebangsaan, dan bunga raya dipilih sebagai bunga
kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman. Persediaan ini
menunjukkan kesungguhan pemimpin dan rakyat dalam
menyambut kemerdekaan negara dengan penuh bermakna.
3.2 PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN
KEMEREDEKAAN NEGARAJawatankuasa Sambutan telah dibentuk bagi
memastikan sambutan kemerdekaan berjalan
dengan lancar dan teratur. Pelbagai persiapan
telah dilakukan, termasuk penyediaan pakaian
seragam berwarna putih untuk penduduk Kuala
Lumpur yang menyambut ketibaan rombongan
kemerdekaan. Kerajaan turut menguruskan kos
sambutan serta menyediakan kemudahan bagi
menampung kehadiran orang ramai. Selain itu,
pegawai dan kakitangan kerajaan serta
masyarakat turut memberikan kerjasama dalam
menjayakan sambutan tersebut. Beberapa
jawatankuasa lain seperti Jawatankuasa Pusat
Perayaan Merdeka, Jawatankuasa Perayaan
Merdeka dan Jawatankuasa Persiapan Sambutan
juga dibentuk bagi memastikan segala urusan
sambutan kemerdekaan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
PERSEDIAAN MENYAMBUT PEMASYHURAN
KEMEREDEKAAN NEGARAUpacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan
negara berlangsung pada malam 30 Ogos 1957 di
Padang Kelab Selangor. Menjelang malam, suasana di
sekitar Kuala Lumpur menjadi semakin meriah
dengan kehadiran orang ramai dan hiasan lampu.
Pada pukul 10.30 malam, semua lampu di kawasan
tersebut dipadamkan sehingga suasana menjadi
gelap. Kemudian, lampu dipasang semula dan acara
diteruskan dengan ketibaan Tunku Abdul Rahman
serta upacara menurunkan bendera Union Jack dan
menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Lagu
kebangsaan Negaraku turut dimainkan dan Tunku
Abdul Rahman melaungkan “Merdeka” sebanyak
tujuh kali. Seterusnya, Tunku Abdul Rahman
menyampaikan ucapan, diikuti acara
memperkenalkan barisan kabinet dan wakil negara.
Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan
pertunjukan bunga api, bacaan doa selamat dan
majlis berakhir dengan penuh semangat serta
kegembiraan rakyat.
3.3 DETIK PEMASYHURAN KEMERDEKAN
NEGARA