E-Folio Pengajian Islam

Published on Sep 28, 2026

E-Folio Pengajian Islam

E-Folio Pengajian Islam - Document to Flipbook

Published on Sep 28, 2026

Description:

Perubahan Iklim & Ujian Allah : Kitaran Semula Jadi 07-08 Tangan Manusia : Pembangunan & Kemusnahan Persekitaran ISI KANDUNGAN 01 Sidang Redaksi 03 Pengenalan: Fenomena Banjir Kilat Di Malaysia 02 04 Tajuk Artikel 05-06 03 09-10 04 Infografik 05 Rumusan Manhaj Islam Dalam Pengurusan Bencana & Solusi 05 Rujukan 11 12 13Bismillahirahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. E-Majalah ini mengetengahkan isu banjir kilat dan kaitannya dengan perubahan iklim serta tindakan manusia terhadap alam sekitar. Isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat, malah mengingatkan kita tentang tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Kami membincangkan punca dan kesan banjir kilat dari sudut alam, pembangunan serta perspektif Islam. Kami turut mengetengahkan kepentingan pembangunan yang terancang, penjagaan alam sekitar dan usaha bersama dalam mengurangkan risiko bencana. Semoga e-majalah ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih menghargai alam, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta berusaha memelihara keseimbangan alam sekitar demi kesejahteraan generasi yang akan datang. Sekian, terima kasih. SIDANG REDAKSI E-MAJALAH Nur Alya Umairah Binti Mohd Fairrus 23DBS25F2024 Ketua Edtor Naufal Hamim Bin Abdul Ghaffar 23DBS25F2022 Pereka Grafik Nurul Ezzah Binti Sharudin 23DBS25F2020 Pengumpul Data TINTA EDITOR 3PENGENALAN Banjir kilat merujuk kepada limpahan air yang berlaku secara mendadak dalam tempoh yang singkat dan sering melanda kawasan rendah atau kawasan bandar yang mempunyai banyak permukaan berturap. Di Malaysia, fenomena ini semakin menjadi perhatian kerana boleh mengganggu kehidupan harian, merosakkan harta benda serta menjejaskan alam sekitar. Dari sudut pengajian Islam, alam sekitar merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi. Oleh itu, kejadian banjir kilat membawa kepada persoalan sama ada ia merupakan sebahagian daripada ujian dan sunnatullah, atau berpunca daripada fasad akibat tindakan manusia yang mengabaikan tanggungjawab terhadap alam. Islam menekankan kepentingan menjaga keseimbangan atau (mizan) dalam kehidupan. Kerosakan alam yang berlaku akibat kecuaian dan perbuatan manusia menunjukkan bahawa tanggungjawab terhadap alam sekitar tidak boleh dipandang ringan. Oleh itu, e-majalah ini akan membincangkan persoalan “Banjir Kilat: Fitrah Alam atau Bencana?” dengan melihat faktor semula jadi, peranan manusia, kesan banjir kilat serta langkah-langkah yang boleh diambil berdasarkan prinsip Islam. 4Artikel 1: Perubahan Iklim & Ujian Allah SWT Banjir kilat merupakan salah satu fenomena alam yang berlaku akibat hujan lebat dalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan air meningkat dengan cepat. Dari perspektif Islam, hujan dan kitaran air merupakan sebahagian daripada sunnatullah, iaitu ketetapan dan aturan Allah SWT terhadap alam semesta. Hujan juga merupakan rahmat kerana membekalkan sumber air kepada manusia, haiwan dan tumbuhan serta membantu menyuburkan bumi. Dalil Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam Surah Ash-Shura, ayat 28: َو ُه َو ٱَّلِذی ُی َن ِّزُل ٱۡلَغ ۡیَث ِم ۢن َبۡع ِد َم ا َق َن ُط و۟ا ﮴َهُ ۚۥ ̎ ﮲س﮶ُ رُ رَحۡ مَ ̎ ̏﮵َ وَ “Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa, dan Dia menyebarkan rahmat-Nya...” Ayat ini menunjukkan bahawa hujan merupakan salah satu bentuk rahmat Allah SWT kepada makhluk-Nya. Namun begitu hujan yang turun dengan sangat lebat boleh menyebabkan banjir apabila jumlah air melebihi kemampuan sistem saliran kawasan tersebut untuk menampung serta mengalirkannya. 5Perubahan Iklim & Peranan Manusia Peningkatan suhu global boleh mempengaruhi corak hujan dan menyebabkan hujan yang lebih ekstrem di sesetengah kawasan. Namun, banjir kilat bukan hanya berpunca daripada fenomena semula jadi. Pembangunan tidak terkawal, penebangan hutan, pembuangan sampah dan sistem saliran yang tidak mencukupi turut meningkatkan risiko banjir. Dalam perspektif Islam, kejadian alam boleh menjadi ujian dan peringatan kepada manusia tentang keterbatasan diri serta kebergantungan kepada Allah SWT. Sebagai khalifah di muka bumi, manusia bertanggungjawab menjaga alam dan mengelakkan kerosakan. Rumusan: Banjir kilat mempunyai unsur fitrah alam kerana hujan merupakan sebahagian daripada kitaran semula jadi. Namun, tindakan manusia yang mengganggu keseimbangan alam boleh menjadikan fenomena tersebut lebih serius. Oleh itu, manusia perlu menjaga alam, merancang pembangunan secara berhemah dan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim. 6Artikel 2: TanganTangan Manusia Pembangunan merupakan usaha manusia untuk meningkatkan taraf kehidupan dan memenuhi keperluan masyarakat. Pembinaan rumah, kilang, jalan raya dan kawasan perindustrian menyediakan tempat tinggal, peluang pekerjaan serta kemudahan kepada masyarakat. Namun begitu, pembangunan yang dilakukan tanpa perancangan dan mengambil kira keseimbangan alam sekitar boleh membawa kepada pelbagai masalah. Penebangan hutan dan pembinaan kawasan berturap dapat mengurangkan penyerapan air hujan, sekali gus meningkatkan risiko banjir kilat. Selain itu, Pembangunan tidak terkawal juga boleh menyebabkan pencemaran serta kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan. Dalil Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam Surah ArRum, ayat 41: َظ َه َر ٱۡلَف َس اُد ِفی ٱۡلَب ِّر َو ٱۡلَب ۡحِر ِبَم ا َك َس َبۡت َأۡیِدی ٱلَّناِس ِل ُیِذیَق ُه م َبۡع َض ٱَّلِذی َع ِمُلو۟ا ﮵َرۡ ﮳حِ عُ وَن ̏ لَعَ ّلَهُ مۡ “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah SWT merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar” Ayat ini mengingatkan manusia bahawa kerosakan alam boleh berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Pembangunan tidak terkawal, penebangan hutan, pencemaran juga boleh mengganggu keseimbangan alam. 7Tanggungjawab & Pembangunan Lestari Sebagai manusia dan khalifah di muka bumi, kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar. Antaranya dengan mengurangkan pengunaan plastik, mengamalkan kitar semula, mengurus sisa dengan baik dan menggunakan sumber alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. Namun, pembangunan tidak semestinya dihentikan kerana ia penting untuk kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Sebaliknya, pembangunan perlu dilaksanakan secara lestari dengan menyeimbangkan keperluan ekonomi dan penjagaan alam sekitar. Contohnya, pengunaan tenaga solar, penyediaan kawasan hijau dan perancangan sistem saliran yang baik dapat membantu mengurangkan kesan negatif pembangunan Hubungan manusia dengan alam sekitar sangat rapat kerana alam yang bersih penting untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sebaliknya, pencemaran dan kemusnahan alam boleh menjejaskan kehidupan masyarakat. Kesimpulannya, tangan manusia mampu membawa kemajuan, tetapi pembangunan tanpa kawalan boleh menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Oleh itu, manusia perlu melaksanakan pembangunan secara bertanggungjawab dan lestari agar kemajuan ekonomi dapat dicapai. 8Artikel 3: Manhaj Islam Dalam Pengurusan Bencana & Solusi Kelestarian Alam Konsep Khilafah & Hifz al-Biah Islam mengajar manusia bahawa alam sekitar merupakan amanah yang perlu dijaga dan dipelihara. Sebagai khalifah di muka bumi, manusia bertanggungjawab menjaga keselamatan jiwa, harta dan persekitaran. Konsep Hifz alBiah (memelihara alam sekitar) juga selari dengan tuntutan Maqasid Syariah kerana penjagaan alam dapat membantu melindungi kehidupan dan kesejahteraan manusia. Dalam isu banjir kilat, tanggungjawab ini dapat dilihat melalui usaha menjaga sungai, kawasan hijau dan sistem perparitan. Pembangunan yang tidak terancang serta sikap mengabaikan alam boleh meningkatkan risiko bencana. Oleh itu, manusia perlu menggunakan sumber alam secara berhemah. Dalil Al-Quran: Allah SWT berfirman dalam Surah alA’raf, ayat 56: َو اَل ُتۡف ِسُد و۟ا ِفی ٱ َأۡلۡرِض َبۡع َد ِإۡص َلٰـِحَه ا َو ٱۡد ُع وُه ﮲ࣰا وَ طَ مَ عً ۚا ̸ ح﮲َ وۡ “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah SWT) memperbaikinya...” Ayat ini menjadi peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakan terhadap alam yang telah diciptakan dan diatur oleh Allah SWT. Dalam konteks banjir kilat, menjaga kebersihan sungai, memastikan perparitan tidak tersumbat serta memelihara kawasan hijau merupakan antara usaha untuk mengelakkan kerosakkan dan mengurangkan risiko bencana. 9Langkah & Solusi Rabbani dan Moden Perancangan bandar mampan penting dalam menguruskan risiko banjir kilat. Konsep Sponge City boleh digunakan dengan menyediakan kawasan hijau, zon resapan air dan permukaan yang mampu menyerap air hujan. Pendekatan ini membantu mengurangkan aliran air di permukaan dan menjadikan kawasan bandar lebih selamat. Selain itu, Intergriti dan etika pengurusan juga perlu diberi perhatian dalam setiap pembangunan. Rasuah dan salah guna kuasa perlu dielakkan supaya projek yang dijalankan tidak mengabaikan keselamatan masyarakat serta kelestarian alam sekitar. Setiap pembangunan hendaklah dilakukan dengan amanah dan bertanggungjawab. Kempen dan perubahan sikap pula boleh dimulakan daripada masyarakat sendiri. Amalan seperti tidak membuang sampah ke dalam longkang atau sungai serta menjaga kebersihan kawasan dapat membantu mengelakkan saliran tersumbat dan mengurangkan risiko banjir. Kesimpulannya, pengurusan banjir kilat memerlukan gabungan nilai Islam, usaha manusia dan teknologi moden. Kesedaran, sikap amanah serta pembangunan yang terancang dapat membantu mewujudkan alam sekitar yang lebih lestari. 10