Panduan Generik CHRA di Tapak Bina 2026

Published on Oct 06, 2026

Panduan Generik CHRA di Tapak Bina 2026

Panduan Generik CHRA di Tapak Bina 2026 - Document to Flipbook

Published on Oct 06, 2026

Description:

Panduan MENJALANKAN PENTAKSIRAN RISIKO BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN (BKBKK) SECARA GENERIK DI TAPAK PEMBINAAN 2026.Panduan MENJALANKAN PENTAKSIRAN RISIKO BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN (BKBKK) SECARA GENERIK DI TAPAK PEMBINAAN 2026. Edisi PertamaCetakan Pertama Panduan Menjalankan Pentaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (BKBKK) Secara Generik Di Tapak Pembinaan Edisi Pertama 2026. Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau digunakan dalam apa-apa bentuk atau kaedah, sama ada secara elektronik atau mekanikal termasuklah salinan fotokopi atau hantaran internet atau intranet, tanpa izin bertulis terlebih dahulu, melainkan dinyatakan sebaliknya, atau diperlukan dalam konteks pelaksanaannya. ISBN Penerbit JABATAN KESELAMATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN MALAYSIA (Kementerian Sumber Manusia) Aras 1, 3, 4 dan 5, Blok Setia Perkasa 4, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya.KETUA PENGARAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Buku Panduan Menjalankan Pentaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (BKBKK) Secara Generik Di Tapak Pembinaan 2026 ini diterbitkan sebagai rujukan rasmi bagi membantu majikan melaksanakan pentaksiran risiko bahan kimia berbahaya secara sistematik serta memastikan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) atau mana-mana pindaan yang berkuat kuasa. Kita sedia maklum bahawa tapak pembinaan merupakan persekitaran kerja yang dinamik dan mempunyai pelbagai risiko. Oleh itu, pelaksanaan pentaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan secara generik hendaklah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan dalam panduan ini bagi memastikan pengurusan risiko yang berkesan serta perlindungan terhadap kesihatan pekerja. Bagi memastikan kandungan panduan ini kekal relevan dengan perkembangan teknologi, perundangan dan amalan industri pembinaan, semakan semula akan dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan Jabatan serta maklum balas daripada pihak berkepentingan. Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh penerbitannya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penggubal yang telah menyumbangkan kepakaran, komitmen dan dedikasi dalam menghasilkan panduan ini. Semoga panduan ini menjadi rujukan yang bermanfaat dalam memperkukuh pematuhan terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta meningkatkan perlindungan kesihatan pekerja di tapak pembinaan. Sekian, terima kasih. Prakata YBrs. Ir. Ts. HAJAH HAZLINA BINTI YON Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MalaysiaJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli Jawatankuasa Penggubalan Panduan Menjalankan Pentaksiran Risiko Kepada Kesihatan Secara Generik Di Tapak Pembinaan 2026 atas sumbangan kepakaran, masa, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan penerbitan panduan ini. Jawatankuasa penggubalan terdiri daripada: PENGHARGAAN 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 Ir. Ts. HAJAH HAZLINA BINTI YON (PENGERUSI) Ir. Ts. MOHD NORHISYAM BIN OMAR Ts. ELAINI BINTI WAHAB HAJI MOHD FADHIL BIN HAJI ABU YAZID PN. AZUAWATI BINTI ZANAL PN. HAZEHA BINTI ABDULLAH EN. MOHD RADZI BIN ROZIHAD Ir. Ts. NURUL FATIMAH BAYAH BINTI HARON PN. NOOR HUWAIDA BINTI YAHAYA PN. ANIZA BINTI ALI PN. NOR ZAWANI BINTI ZAINUDDIN PN. NORHIDAYAH BINTI NAZAMMUDIN PN. RIZWANA BINTI RUSLE PN. IZAAN MARINA BINTI MOHD ALUWI7.0 RUJUKAN 24 8.0 LAMPIRAN 25 KANDUNGAN 1.0 TUJUAN PANDUAN 01 2.0 LATAR BELAKANG 01 3.0 MEKANISME PELAKSANAAN 04 PROSEDUR PERMOHONAN PROSEDUR PERMOHONAN PRAKELULUSAN PROSEDUR PERMOHONAN KELULUSAN PERMOHONAN KELULUSAN PENTAKSIRAN SEMULA PROSEDUR PERMOHONAN PENGESAHAN PERUBAHAN SETELAH MENDAPAT KELULUSAN GENERIK 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 08 SYARAT KELULUSAN PERMOHONAN DA KRITERIA PEMBATALAN SYARAT KELULUSAN PERMOHONAN KRITERIA PEMBATALAN 19 5.0 CONTOH STRATEGI MENJALANKAN PENTAKSIRAN RISIKO BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN SECARA GENERIK 6.0 5.1 5.2 17KANDUNGAN CONTOH SURAT PERMOHONAN PRAKELULUSAN MENGGUNA PAKAI PENTAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN SECARA GENERIK LAMPIRAN A 25 SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN PRAKELULUSAN MENGGUNA PAKAI PENTAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN SECARA GENERIK LAMPIRAN D 31 MATRIKS PERBANDINGAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA LAMPIRAN B1 26 MATRIKS PERBANDINGAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA LAMPIRAN B2 28 PERNYATAAN KOMITMEN MAJIKAN LAMPIRAN C 30 MATRIKS PERUBAHAN SEBELUM DAN SELEPAS LAMPIRAN L 41 CONTOH SURAT KELULUSAN LAMPIRAN M 45 SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN KELULUSAN MENGGUNA PAKAI PENTAKSIRAN RISIKO KEPADA KESIHATAN SECARA GENERIK LAMPIRAN E 32 SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN PENGESAHAN PERUBAHAN SETELAH MENDAPAT KELULUSAN GENERIK LAMPIRAN F 33 SURAT VERIFIKASI TAPAK PEMBINAAN LAMPIRAN G 34 SURAT PENGESAHAN MAJIKAN BAGI TAPAK PEMBINAAN YANG TIDAK DIVERIFIKASI OLEH PENGAPIT LAMPIRAN H 35 SENARAI BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN DI UNIT KERJA LAMPIRAN I 37 CARTA ALIR PERMOHONAN PENGESAHAN PERUBAHAN SETELAH MENDAPAT KELULUSAN GENERIK LAMPIRAN J 38 CONTOH SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PERUBAHAN SETELAH MENDAPAT KELULUSAN GENERIK LAMPIRAN K 391.0 --- 2.0 --- TUJUAN PANDUAN LATAR BELAKANG02 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 2.2 2.3 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) terpakai kepada semua tempat kerja, termasuk tempat kerja dalam sektor pembinaan (tertakluk kepada pengecualian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta tersebut). Selaras dengan Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (USECHH 2000), seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang terhasil daripada bahan kimia itu kepada kesihatan pekerja. Dalam konteks pematuhan di tapak pembinaan, Klien dan Kontraktor Prinsipal Kerja Pembinaan (PCWD), sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024 (Peraturan CDM 2024), merupakan majikan yang perlu memastikan pelaksanaan CHRA telah dijalankan sebelum sebarang kerja yang melibatkan risiko pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dimulakan di tempat kerja mereka. Soal selidik yang telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Kimia (BPKimia) semasa Program Dialog antara Pemegang Taruh Berkenaan Pendedahan BKBKK di Tapak Pembinaan sepanjang 2023, yang diadakan di seluruh Malaysia mendapati sektor yang mencatatkan tahap pematuhan terhadap Peraturan USECHH 2000 yang paling rendah ialah sektor pembinaan iaitu sebanyak 38%. 1.0 TUJUAN PANDUAN 1.1 Panduan ini bertujuan memberi bimbingan kepada pihak majikan bagi mendapatkan kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk menjalankan pentaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan secara generik di tapak pembinaan selaras dengan kehendak Peraturan – Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 atau seperti pindaan terkini (Peraturan USECHH).