Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3 - Document to Flipbook
Published on Sep 23, 2026
Description:
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGAJARAN
DUNIA SENI VISUAL
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2012 Cetakan Pertama 2012
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau ara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.iii
KANDUNGAN
Muka Surat
RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
PENDAHULUAN vii
MATLAMAT vii
OBJEKTIF viii
FOKUS MATA PELAJARAN ix
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN xii
ORGANISASI KANDUNGAN xiii
AKTIVITI DUNIA SENI VISUAL TAHUN TIGA xiv
MENGGAMBAR
MODUL 1 Lukisan 1
MODUL 2 Catan 4
MODUL 3 Kolaj 7
MODUL 4 Montaj 10
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
MODUL 5 Capan 13
MODUL 6 Lipatan dan Guntingan 16
MODUL 7 Renjisan dan Percikan 20
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MODUL 8 Mobail 24
MODUL 9 Boneka 27
MODUL 10 Topeng 31
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
MODUL 11 Anyaman 34
MODUL 12 Alat Pertahanan Diri 38
MODUL 13 Alat Perhiasan Diri 42
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia
mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:
x KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
x KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
x KELUHURAN PERLEMBAGAAN
x KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
x KESOPANAN DAN KESUSILAAN vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.vii
PENDAHULUAN
Bahan Panduan Dunia Seni Visual Tahun 3 bertujuan memberi panduan kepada guru
Pendidikan Seni Visual untuk mempertingkatkan daya kreativiti melalui aktiviti eksplorasi
media serta proses dan teknik dalam proses pengajaran. Bahan panduan pengajaran ini
dapat memperkembangkan keperibadian, memberikan kesedaran dan kepekaan guru
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Bahan Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3 merangkumi tajuk-tajuk yang
menekankan aspek penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh,
dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya kurikulum ini dapat membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya dan kesenian.
MATLAMAT
Bahan Panduan Dunia Seni Visual bermatlamat melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif, dan produktif menerusi Bahan Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3
disediakan untuk memberi panduan kepada guru menjana idea bagi mewujudkan proses
pengajaran yang lebih kreatif dan efektif. Kandungan bahan panduan pengajaran ini dapat
membantu guru untuk mengaplikasikan proses dan teknik dalam penghasilan karya serta
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. viii
OBJEKTIF
Bahan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan guru:
1. peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui Dunia
Seni Visual
2. menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dalam mewujudkan suasana pembelajaran
dan pengajaran yang lebih berkesan
3. meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran secara sistematik dan kreatif
4. menyedari adanya pelbagai media dan teknik dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual
5. menanam sifat adil dan bertanggungjawab dalam pengendalian pentaksiran
6. meningkatkan semangat patriotisme melalui proses penghayatan warisan budaya
bangsa
7. memperkembangkan kemahiran berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah
pembentukan modal insan
8. memupuk sifat sabar dan dedikasi untuk membantu murid dalam penghasilan karya yang
lebih kreatif dan bermakna
9. menerapkan elemen merentas kurikulum (EMK) dalam pembelajaran dan pengajaran