ASAS MASAKAN TING 1 PK - part 3 (4)

Published on Sep 14, 2026

ASAS MASAKAN TING 1 PK - part 3 (4)

ASAS MASAKAN TING 1 PK - part 3 (4) - PDF to Video

Published on Sep 14, 2026

Description:

90 BAB 6 BATER91 PENGENALAN STANDARD PEMBELAJARAN Mengenal pasti jenis-jenis bater. Mengepek masakan berasaskan bater cair dan bater pekat. Mengelaskan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan daripada bater cair dan bater pekat. Menyedia, memasak dan menghias hasil masakan bater cair dan bater pekat. a b c d Dalam kehidupan seharian, kita biasa menggunakan bater untuk membuat pankek atau kuih-muih tempatan. Hasil masakan bater boleh dijadikan makanan saovouri atau makanan manis. Bab ini akan menerangkan maksud bater, mengelaskan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan daripada bater cair dan bater pekat. Murid juga akan mempelajari cara menyedia, memasak dan menghias hasil masakan bater cair dan bater pekat, serta mengepek masakan berasaskan bater cair dan bater pekat.9292 6.1 JENIS BATER Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu atau santan yang diadun sehingga sebati. Telur dan lemak dicampur untuk menambah khasiat dan menyedapkan rasa bater. Serbuk penaik atau yis perlu digunakan jika telur tidak digunakan. Bater terdiri daripada bater cair dan bater pekat. Bater cair Kuih pinjaram Kuih cara pedas Bater cair Sukatan 100 gm tepung gandum 250 ml cecair (air, santan atau susu) 1 biji telur 1 /4 camca teh garam Ciri-ciri 1. Berkrim dan cair. 2. Konsistensinya mudah dituang. 3. Merebak dengan cepat. 4. Dikenali sebagai bater pankek, dan bater penyadur. Hasil Masakan Kuih cara pedas Kuih pinjaram Kuih kosui Kuih lapis Guru menghasilkan bater pekat dan bater cair untuk murid melihat perbezaannya dari segi kepekatan. Rajah 6.1 Ciri dan hasil masakan bater cair.9393 Kuih rengas Bater pekat Cucur ikan bilis Bater pekat Sukatan 100 gm tepung gandum 125 ml cecair (air, santan atau susu) 1 biji telur 1 /4 camca teh garam Ciri-ciri 1. Berkrim dan pekat. 2. Konsistensinya lebih likat. 3. Dikenali sebagai bater penyadur. Hasil Masakan Cucur ikan bilis Kuih rengas Pisang goreng Skon titis Bimbing murid untuk mengenal pasti sukatan dan ciri-ciri bater. TAHUKAH KAMU Bater perlu dipukul dengan baik untuk menghasilkan adunan yang ringan. Rajah 6.2 Ciri dan hasil masakan bater pekat.9494 Antara makanan yang dihasilkan daripada bater cair ialah kuih cara manis, kuih ketayap, kuih kosui dan kuih lapis. Bater cair dan bater pekat dapat digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Kedua-dua jenis bater ini digunakan mengikut kesesuaian masakan. 6.2 HASIL MASAKAN BATER CAIR DAN BATER PEKAT Kuih cara pedas Kuih ketayap Kuih lompang Kuih pinjaram Hasil Masakan Bater Cair Rajah 6.3 Hasil masakan bater cair. Bater cair9595 Contoh makanan daripada bater pekat ialah cucur udang, kuih rengas dan pisang goreng dan skon titis. Cucur ikan bilis Kuih rengas Bater pekat Skon titis Pisang goreng Bimbing murid membezakan makanan daripada bater cair dan bater pekat. Hasil Masakan Bater Pekat Rajah 6.4 Hasil masakan bater pekat.9696 MENYEDIA, MEMASAK DAN MENGHIAS HASIL MASAKAN 6.3 Masakan daripada Bater Cair Alatan Mangkuk pelbagai saiz, mangkuk adunan, pinggan, camca besar, jag penyukat, pengayak, penimbang digital, pemukul telur, sudip kayu, sudip dan pan penggoreng. Bahan 100 gm tepung gandum 1 biji telur (dipukul) 270 ml air daun pandan (5 helai) 1 /8 camca teh garam 2 camca besar minyak masak Penghasilan sesuatu jenis masakan akan melibatkan proses penyediaan bahan dan alatan, memasak dan seterusnya menghias agar hasil masakan nampak menarik. Bahan Inti kelapa 200 gm kelapa parut 30 gm gula merah 20 gm gula pasir 50 ml air 1 helai daun pandan Cara Penyediaan: 1. Campurkan gula merah, gula pasir, garam, daun pandan dan air ke dalam periuk. Masak sehingga larut. 2. Kemudian masukkan kelapa dan kacau sehingga sebati. 3. Masak di atas api yang perlahan sehingga sedikit kering. 4. Setelah inti siap dimasak, sejukkan sebentar sebelum digunakan. Inti Kelapa (Disediakan oleh guru) Kuih Ketayap9797 Cara Penyediaan Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan. Sapukan pan penggoreng dengan sedikit minyak. Panaskan pan penggoreng menggunakan api perlahan. Buatkan lubang di tengah-tengah tepung. Masukkan telur,garam dan sebahagian daripada air daun pandan. Kemudian rehatkan adunan bater selama 30 minit. Adun hingga rata. Kemudian masukkan baki air daun pandan. 1 2 3 5 4 69898 Minta murid mematuhi peraturan keselamatan dan kebersihan semasa menyediakan bahan, alatan dan semasa memasak. Lipat bahagian hujung kiri dan kanan kuih ketayap. Kemudian gulung dengan kemas. Masukkan satu senduk adunan ke dalam pan penggoreng. 7 9 11 8 10 Ratakan ke kiri dan ke kanan menggunakan belakang senduk supaya mendapat bentuk bulat. Letakkan sesudu penuh inti kelapa dan letak di atas permukaan adunan yang telah siap dimasak. Hidangkan kuih ketayap di atas pinggan. Gunakan daun pandan sebagai hiasan atau mengikut kreativiti sendiri. TAHUKAH KAMU Mesin pengisar dan mesin pengadun boleh digunakan untuk membancuh adunan bater bagi menjimatkan masa. TIP MEMASAK Kuih ketayap tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika atasnya kelihatan sedikit garing. Gambar foto 6.1 Cara penyediaan kuih ketayap.9999 Kuih Cara Manis Alatan Mangkuk pelbagai saiz, mangkuk adunan, piring, camca besar, sudu penyukat, jag penyukat, penimbang digital, pengayak, pemukul telur dan acuan. Masakan daripada Bater Cair Bahan 100 gm tepung gandum 200 ml santan 50 ml air daun 1 /8 camca teh garam 1 biji telur (dipukul) Minyak masak 2 camca besar gula (untuk inti) 9999 Disatukan }