Kertas_Kerja_Drone_Racing_Challenge_2026 - PDF to Flipbook
Published on Sep 15, 2026
Description:
Dron Racing Challenge 2026 Page 1/25
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ VOKASIONAL MIRI
LORONG 10, JALAN JEE FOH, KROKOP, 98000 MIRI, SARAWAK.
KERTAS KERJA
Drone Racing Challenge 2026
ANJURAN
KOLEJ VOKASIONAL MIRI
1.0 PENDAHULUAN
Perkembangan pesat teknologi tanpa wayar dan sistem autonomi telah menjadikan drone sebagai salah
satu teknologi yang semakin relevan dalam pelbagai sektor industri, pertahanan, pertanian, dan
pendidikan. Dalam usaha memupuk minat dan melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi dron.
Kolej Vokasional Miri dengan bangganya menganjurkan Drone Racing Challenge 2026.
Pertandingan ini bertujuan memberikan platform kepada pelajar untuk menguji kemahiran kawalan
drone, memupuk semangat berdaya saing yang sihat, serta mendedahkan peserta kepada aplikasi
teknologi drone dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Pertandingan ini terbuka.
2.0 OBJEKTIF
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran kawalan drone dalam suasana
pertandingan yang kompetitif dan terkawal.
ii. Meningkatkan kemahiran teknikal, tumpuan, ketepatan, dan pengurusan masa dalam kalangan
peserta.
iii. Membina semangat kerjasama, disiplin, dan sportiviti dalam kalangan pelajar melalui persaingan
yang sihat.
iv. Mempromosikan Kolej Vokasional Miri sebagai institusi yang progresif dan berorientasikan
teknologi masa hadapan.Dron Racing Challenge 2026 Page 2/25
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
Nama Pertandingan Drone Racing Challenge 2026
Tarikh 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa 8:00 pagi - 5:00 petang
Cadangan Tempat Permy Mall Permyjaya, Miri, Sarawak
Penganjur Kolej Vokasional Miri
Kategori A
Penyertaan Pelajar Kolej Vokasional & Pelajar Sekolah di bawah 18
tahun.
Kategori B
Penyertaan Terbuka – Pelajar IPTA/IPTS/ILKA/ILKS 18 tahun ke 24
tahun.
Kategori C Penyertaan Terbuka - Orang Awam 18 tahun ke atas (Malaysia/Asing)
4.0 KATEGORI PERTANDINGAN
4.1 Kategori A: Penyertaan Terbuka (Bawah 18 Tahun)
i. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Warganegara Malaysia Kolej Vokasional,
Sekolah Menengah Kerajaan, Sekolah Menengah bantuan Kerajaan dan sekolah Swasta.
ii. Penyertaan adalah secara berkumpulan (2 orang murid) dan seorang (1) guru pembimbing.
iii. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari DUA penyertaan.
iv. Pertukaran peserta selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
v. Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai
pertandingan ini.
vi. Pihak penganjur dan pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan,
kecederaan, kerosakan harta benda dan lain-lain sepanjang pertandingan berlangsung.
vii. Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama:Dron Racing Challenge 2026 Page 3/25
• Borang Penyertaan yang lengkap.
• Borang Perakuan Kesihatan Murid.
• Borang Akuan Ibu Bapa/Penjaga.
vii. Yuran penyertaan: RM 35 per pasukan.
4.2 Kategori B: Penyertaan Terbuka (Pelajar IPTA/IPTS/ILKA/ILKS 18 tahun ke 24 tahun)
i. Terbuka kepada semua pelajar yang sedang berdaftar di Sekolah, Kolej atau Universiti tempatan
atau swasta.
ii. Peserta mesti mengemukakan kad pelajar/kad matrik yang masih sah semasa pendaftaran.
iii. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang (berpasangan).
iv. Yuran penyertaan: RM 35 per pasukan.
4.3 Kategori C: Penyertaan Terbuka (Orang Awam 18 tahun ke atas)
i. Pertandingan ini terbuka kepada orang awam (Malaysia/Asing), termasuk individu yang
berminat dalam bidang penerbangan dron tanpa mengira latar belakang pendidikan atau
pekerjaan.
ii. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan.
iii. Peserta hendaklah mengemukakan kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengenalan diri
yang sah semasa proses pendaftaran.
iv. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta (berpasangan).
v. Peserta bertanggungjawab memastikan dron yang digunakan mematuhi peraturan keselamatan
dan ketetapan penganjur sepanjang pertandingan.
vi. Yuran penyertaan: RM50.00 bagi setiap pasukan.Dron Racing Challenge 2026 Page 4/25
5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Syarat Kelayakan Peserta
i. Setiap peserta mesti memenuhi kriteria kategori yang disertai (4.1 atau 4.2).
ii. Peserta yang berumur di bawah 18 tahun mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa
atau penjaga (borang disediakan oleh penganjur).
iii. Setiap pasukan hanya boleh menyertai satu (1) kategori sahaja.
iv. Pendaftaran yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diterima.
v. Keputusan jawatankuasa pertandingan adalah muktamad.
5.2 Peraturan Drone & Peralatan (Drone Racing Challenge)
i. Setiap peserta/pasukan WAJIB membawa dron racing (FPV racing drone) sendiri. Penganjur
tidak menyediakan dron untuk peserta.
ii. Dron yang dibenarkan adalah dron jenisracing/freestyle sahaja, dengan saiz rangka (frame) tidak
melebihi 6 inci (6").
iii. Berat maksimum dron (termasuk bateri) tidak melebihi 1 kg (1000g).
iv. Dron mesti mempunyai pelindung kipas (propeller guard) semasa sesi latihan dan pemeriksaan
teknikal. Penanggalan pelindung kipas semasa heat sebenar hanya dibenarkan dengan kelulusan
hakim.
v. Bateri mestilah jenis LiPo atau LiHV yang selamat. Peserta bertanggungjawab memastikan bateri
dalam keadaan baik dan tidak kembung (puffed).
vi. Setiap peserta/pasukan dibenarkan membawa maksimum 3 set bateri ganti.
vii. Peserta WAJIB memakai kaca mata FPV (FPV goggles) semasa berlumba di litar.
viii. Setiap peserta WAJIB menggunakan kekerapan (frequency) dan saluran (channel) pemancar
video (VTX) yang diperuntukkan oleh jawatankuasa bagi mengelakkan gangguan (interferens)
antara peserta.
ix. Pemeriksaan teknikal (tech check), termasuk pengesahan saluran VTX dan berat dron, akan
dilakukan sebelum setiap sesi kelayakan dan heat. Dron yang gagal pemeriksaan tidak dibenarkan
bertanding.Dron Racing Challenge 2026 Page 5/25
x. Sebarang pengubahsuaian dron atau penukaran saluran VTX selepas pemeriksaan teknikal tidak
dibenarkan tanpa kelulusan hakim.
5.3 Peraturan Semasa Pertandingan
i. Setiap peserta diberikan sesi latihan (practice/warm-up) di litar sebenar sebelum sesi kelayakan
(qualifying) bermula.
ii. Perlumbaan dijalankan mengikut format heat, dengan bilangan pilot bagi setiap heat ditetapkan
oleh jawatankuasa (contoh: maksimum 3 pilot serentak).
iii. Setiap heat berlangsung selama tempoh masa yang ditetapkan (contoh: 2 minit) atau sehingga
bilangan pusingan (laps) yang ditetapkan selesai, mengikut mana yang terdahulu.
iv. Permulaan (start) heat menggunakan isyarat/lampu start rasmi. Sebarang “false start” akan
dikenakan penalti masa.
v. Peserta perlu melepasi setiap get (gate) mengikut turutan yang betul. Get yang tertinggal atau
dilalui secara salah (missed/wrong gate) akan dikenakan penalti masa atau pusingan tidak dikira,
mengikut budi bicara hakim.
5.4 Keselamatan
i. Semua peserta WAJIB mematuhi arahan pihak keselamatan pertandingan pada setiap masa.
ii. Kawasan terbang drone dihadkan kepada zon yang telah ditetapkan oleh penganjur. Terbang di
luar zon dilarang sama sekali.
iii. Penonton dan orang awam mesti berada di belakang pembatas keselamatan semasa pertandingan
berlangsung.
iv. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atassebarang kerosakan harta benda atau kecederaan yang
disebabkan oleh kegagalan peralatan peserta.
v. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas drone dan peralatan mereka sepanjang
pertandingan.Dron Racing Challenge 2026 Page 6/25
6.0 FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Penerbangan Manual (Manual Flight)
i. Tiada pelan penerbangan disebar luas kepada peserta.
ii. Peserta hanya akan didedahkan mengenai pelan penerbangan di lokasi pertandingan dan mereka
akan diberikan masa untuk mengukur jarak antara halangan (obstacles).
iii. Percubaan (test run) berjadual akan diadakan untuk semua peserta membiasakan diri dengan
kawasan penerbangan.
iv. Peserta akan diuji dalam disiplin-disiplin penerbangan seperti slalom, forward up and under,
figure of 8, tunnel, sideward up and under dan point of interest (POI).
v. Pilot akan kekal dalam kawasan yang ditetapkan, co-pilot boleh bergerak mengikut dron semasa
proses pengujian, co-pilot boleh memberikan isyarat suara dan tangan namun tidak boleh
menyentuh dron sehingga tamat.
vi. Pilot dan co-pilot tidak boleh menyentuh mana-mana marker atau halangan semasa pengujian
penerbangan.
vii. Sekiranya dron terlanggar halangan tapi masih mampu dikawal, pilot boleh meneruskan
penerbangan sehingga selesai.
viii. Sekiranya dron terlanggar halangan dan terhempas, co-pilot boleh mengangkat dron tersebut ke
tapak pendaratan sebelumnya. Terdapat tiga (4) tapak pendaratan bagi setiap bahagian.
ix. Untuk POI, bahagian hadapan kamera dron haruslah menghadap ke tiang penanda (pole marker).
x. Setiap peserta hanya diberikan satu (1) percubaan sahaja semasa pengujian penerbangan manual.
xi. Side coaching oleh co-pilot semasa pengujian penerbangan adalah DIBENARKAN.Dron Racing Challenge 2026 Page 7/25
7.0 BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN
BIL PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PESERTA
1
Drone DJI Ryze Tello / Lite Bee Wing / Hula / dron tidak mempunyai navigasi GPS.
Codrone tidak dibenarkan.
2 Bateri Drone (disediakan oleh peserta).
3 Hub Pengecasan Bateri Drone (disediakan oleh peserta).
4 Telefon Pintar / Tablet (Android / iOS).
5 Aplikasi Drone (dipasangkan dalam peranti telefon pintar).
6
Joystick GameSir, atau mana-mana joystick yang sesuai dengan Drone DIBENARKAN,
tidak diwajibkan (Pilihan).
7
Penggunaan Virtual Reality (VR) Goggles juga DIBENARKAN, tidak diwajibkan
(Pilihan).
8.0 HAKIM
8.1 Lantikan panel hakim yang berpengalaman.
8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan
tidak akan dilayan.Dron Racing Challenge 2026 Page 8/25
9.0 HADIAH DAN ANUGERAH
Hadiah diberikan secara berasingan bagi setiap kategori (Kategori A, Kategori B dan Kategori C):
9.1 Hadiah Utama (Kategori A dan Kategori B - masing-masing)
TEMPAT
WANG
TUNAI
PIALA /
TROFI
SIJIL
Tempat Pertama (Juara) RM 300.00 Medal Sijil Pemenang Tempat Pertama
Tempat Kedua (Naib Juara) RM 200.00 Medal Sijil Pemenang Tempat Kedua
Tempat Ketiga RM 100.00 Medal Sijil Pemenang Tempat Ketiga
Tempat Keempat - Medal Sijil Pemenang Tempat Keempat
Tempat Kelima - Medal Sijil Pemenang Tempat Kelima
Tempat Keenam - Medal Sijil Pemenang Tempat Keenam
Tempat Ketujuh - Medal Sijil Pemenang Tempat Ketujuh
Tempat Kelapan - Medal Sijil Pemenang Tempat Kelapan
Tempat Kesembilan - Medal Sijil Pemenang Tempat Kesembilan
Tempat Kesepuluh - Medal Sijil Pemenang Tempat Kesepuluh
Penyertaan - - Sijil PenyertaanDron Racing Challenge 2026 Page 9/25
9.3 Hadiah Utama (Kategori C)
TEMPAT
WANG
TUNAI
PIALA /
TROFI
SIJIL
Tempat Pertama (Juara) RM 350.00 Medal Sijil Pemenang Tempat Pertama
Tempat Kedua (Naib Juara) RM 250.00 Medal Sijil Pemenang Tempat Kedua
Tempat Ketiga RM 150.00 Medal Sijil Pemenang Tempat Ketiga
Tempat Keempat - Medal Sijil Pemenang Tempat Keempat
Tempat Kelima - Medal Sijil Pemenang Tempat Kelima
Tempat Keenam - Medal Sijil Pemenang Tempat Keenam
Tempat Ketujuh - Medal Sijil Pemenang Tempat Ketujuh
Tempat Kelapan - Medal Sijil Pemenang Tempat Kelapan
Tempat Kesembilan - Medal Sijil Pemenang Tempat Kesembilan
Tempat Kesepuluh - Medal Sijil Pemenang Tempat Kesepuluh
Penyertaan - - Sijil Penyertaan
• Jumlah hadiah wang tunai - Kategori A & B: RM 600.00 masing-masing; Kategori C (Terbuka):
RM 750.00
• Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai (3 kategori): RM 1950.00
9.3 Anugerah Khas
• Anugerah Best remote Pilot - Piala + Sijil Penghargaan Khas (untuk kedua-dua kategori).
• Anugerah Best pit station - Piala + Sijil Penghargaan Khas (untuk kedua-dua kategori)Dron Racing Challenge 2026 Page 10/25
10.0 KRITERIA PENILAIAN
10.1 Penilaian Penerbangan Manual oleh hakim adalah berdasarkan kriteria berikut:
BAHAGIAN KRITERIA OBJEKTIF
MARKAH
MAKSIMUM
Persediaan
Penerbangan
Memastikan aspek-aspek keselamatan dron dan
alat kawalan berada dalam keadaan optimum
Kemahiran
Aspek
Keselamatan
5
Bonding antara dron dan alat kawalan dengan
mengubah nama pesawat berserta password agar
tidak terganggu dengan peserta lain
5
JUMLAH MARKAH 10
Penerbangan
Dron
Berjaya berlepas
Kemahiran
Penerbangan
5
Navigasi melalui halangan “Slalom” 6
Navigasi melalui halangan “Forward Up and
Under”
6
Navigasi membuat “Figure of 8” 6
Navigasi melalui “Tunnel” 6
Membuat pusingan “Sideward Up and Under” 6
Membuat pusingan “Point of Interest” (POI) 10
Mendarat di Tapak Pendaratan Akhir dengan
selamat
5
JUMLAH MARKAH 50