PB KB - Document to Flipbook
Published on Sep 26, 2026
Description:
7
a.1.3
a + b = c
2
4
8 6
1
2
13
5
5
Disediakan oleh:
1. Amy Ling How Xing
2.Aisyah Mursyida
Binti Ahmad Tarmizi
3.Muhammad Adam
Bin Mohamed Ekhbal
KEMAHIRAN
BELAJAR
Kemahiran Membaca/Kemahiran Membuat Nota/Kemahiran BerfikirPPEENNGGHHAARRGGAAAANN
Syukur kerana dengan izin-Nya, e-buku Kemahiran
Belajar ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada En.Mohd Kashfi bin Mohd Jailani,
pensyarah bagi kursus Kemahiran Belajar (GKEB 1072),
atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan maklum balas
sepanjang proses penghasilan e-buku ini.
Penghargaan turut diberikan kepada semua ahli
kumpulan atas kerjasama, perkongsian idea dan
komitmen dalam menghasilkan bahan pembelajaran
yang informatif, kreatif dan mudah difahami.
Semoga e-buku ini dapat menjadi panduan yang
bermanfaat dalam membantu siswa guru menguasai
kemahiran membaca, membuat nota dan berfikir secara
lebih sistematik dan berkesan.
Disediakan oleh: Amy Ling How Xing1.0 Pengenalan
2.0 Kemahiran Membaca
2.1 Pengenalan kepada Kemahiran Membaca
2.2 Kepentingan Kemahiran Membaca
2.3 Pembacaan Cepat: Luncuran&Imbasan
2.4Pembacaan Perlahan &Kaedah SQ3R
2.5 Aplikasi SQ3R dalam Konteks Pembelajaran di IPG
3.0 Kemahiran Membuat Nota
3.1 Pengenalan&Kepentingan Kemahiran Membuat Nota
3.2 Teknik Cornell
3.3 Teknik Rangka dan Ringkasan
3.4 Teknik Peta Minda
3.5 Perbandingan Teknik Membuat Nota
4.0 Kemahiran Berfikir
4.1 Pengenalan kepada Kemahiran Berfikir
4.1.1 Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)
4.1.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4.2 Kepentingan Kemahiran Berfikir
4.3 Peta Pemikiran i-Think
4.4 Pengurusan Grafik dan Carta Radar
4.5 Teknik Soalan dan Penyoalan
4.6 Teknik CoRT 3
5.0 Integrasi Kemahiran Membaca, Membembuat
Nota dan Berfikir
6.0 Kajian Kes: Pembelajaran di IPG
7.0 Cadangan Strategi Pembelajaran untuk Siswa
Guru
8.0 Kesimpulan
9.0 Rujukan
IISSIIKKAANNDDUUNNGGAANN
Disediakan oleh: Amy Ling How XingDalam dunia pendidikan yang semakin mencabar,
kejayaan seseorang pelajar bukan sahaja bergantung pada
jumlah masa yang diperuntukkan untuk belajar, tetapi
juga pada cara pembelajaran tersebut dilaksanakan. Ebuku ini bertujuan untuk menjadi panduan digital yang
ringkas dan mudah diakses yang menumpukan pada
penerapan tiga teras kemahiran belajar, iaitu kemahiran
membaca, kemahiran membuat nota dan kemahiran
berfikir.
Penguasaan ketiga-tiga kemahiran ini amat penting dalam
membantu pelajar memperoleh, memahami dan
mengurus maklumat dengan lebih sistematik. E-buku ini
membolehkan pelajar mengenal pasti ,memahami
maklumat yang relevan, menyusun dan merumuskan isi
penting dengan lebih teratur, menganalisis, menilai dan
menggunakan maklumat secara kritis dalam proses
pembelajaran.
PPeennggeennaallaann
Belajar Bukan Sekadar Menghafal
📖 MEMBACA │ 📝 MEMBUAT NOTA │ 💡 BERFIKIR
Bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih
menarik dan bermakna, kandungan e-buku ini disusun
secara sistematik dan kreatif melalui penggunaan elemen
visual seperti infografik, warna serta reka letak yang
konsisten. Elemen-elemen ini boleh meningkatkan daya
tarikan e-buku, malah membantu perlajar memahami,
menghubungkan dan mengingat maklumat dengam lebih
mudah.
Dalam konteks IPG🎓
Kemahiran-kemahiran ini amat penting bagi membantu
siswa guru menghadapi pelbagai tuntutan akademik
seperti pembacaan bahan ilmiah, kuliah, tutorial,
pembentangan dan penghasilan tugasan.
Disediakan oleh: Amy Ling How XingMembaca
Secara
Efektif
Menilai
KKEEMMAAHHIIRRAANN
MMEEMMBBAACCAA
KEMAHIRAN
MEMBACA
Apa itu Kemahiran Membaca?
Mengenal pasti Memahami
Menganalisis
Kemahiran membaca bukan sekadar kebolehan mengenal
perkataan, tetapi merupakan proses kognitif yang
melibatkan pemahaman dan pemikiran secara logik.
Dalam pembelajaran akademik, pembaca perlu
memahami, menganalisis dan menilai maklumat untuk
memperoleh makna daripada sesuatu bahan bacaan.
Situasi di IPG:
Seorang siswa guru membaca artikel jurnal sebelum
menghasilkan penulisan akademik
Disediakan oleh: Amy Ling How XingKKEEPPEENNTTIINNGGAANN
KKEEMMAAHHIIRRAANN
MMEEMMBBAACCAA
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN
MEMBACA
Mengapa
Kemahiran
Membaca
Penting?
Memahami
kandungan dengan
lebih mendalam
Membaca secara
strategik membantu
kita meneliti,
mengaitkan dan
memahami maklumat
dengan lebih bermakna,
bukan sekadar
membaca secara literal.
Mengenal pasti
idea utama
Strategi membaca
membolehkan kita
menumpukan perhatian
pada maklumat penting
dan membezakan
antara idea utama
dengan maklumat
sokongan.
Menjimatkan masa
pembelajaran
Dengan teknik yang
betul, kita dapat
membaca dengan lebih
efisien dan cepat tanpa
mengabaikan
pemahaman.
Menilai
maklumat secara
kritis
Membaca secara kritis
membantu pembaca
menilai hujah, bukti
dan maklumat yang
dikemukakan sebelum
menentukan
kebolehpercayaan
sesuatu sumber.
Dalam menyiapkan tugasan kursus, siswa guru tidak
seharusnya menerima semua maklumat daripada internet
secara langsung. Sebaliknya, mereka perlu membaca,
membandingkan sumber dan menentukan maklumat yang
benar-benar relevan
Aplikasi
Disediakan oleh: Amy Ling How XingPPEEMMBBAACCAAAANN CCEEPPAATT
Baca pantas, cari maklumat dengan tepat
Pembacaan cepat membantu pembaca meperoleh
maklumat dalam masa yang singkat melalui teknik
luncuran(skimming) dan imbasan(scanning).
LUNCURAN
Tajuk & sub-tajuk
Kata kunci & ilustrasi
Ringkasan & kesimpulan
IMBASAN
Membaca secara pantas untuk mendapatkan idea utama
dan gambaran keseluruhan sesuatu bahan.
Membaca secara pantas untuk mencari maklumat
khusus tanpa membaca keseluruhan teks.
Tentukan kata kunci
Imbas teks
Temui maklumat
LUNCURAN = IDEA UTAMA | IMBASAN = MAKLUMAT KHUSUS
Disediakan oleh: Amy Ling How XingPPEEMMBBAACCAAAANNPPEERRLLAAHHAANN
Baca dengan teliti, fahami dengan mendalam.
Pembacaan perlahan digunakan apabila pembaca memerlukan
kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap sesuatu bahan.
Tujuan Pembacaan Perlahan:
KKAAEEDDAAHHSSQQ33RR
Menganalisis Menilai Memahami Mengingat
Meneroka dan
memahami
kandungan
secara
terperinci
Menilai hujah
dan maklumat
yang dibaca
secara kritis
Memahami
arahan, konsep
dan makna
dengan tepat
Membantu
maklumat
kekal lebih
lama dalam
ingatan
Strategi membaca secara aktif
Kesimpulan:
Kaedah SQ3R membantu pembaca mejadi lebih aktif, fokus dan
sistematik dalam memahami bahan bacaan, seterusnya meningkatkan
kefahaman dan ingatan.
Disediakan oleh: Amy Ling How XingAAPPLLIIKKAASSII SSQQ33RR DDAALLAAMM
KKOONNTTEEKKSS IIPPGG
APLIKASI SQ3R DALAM
KONTEKS IPG
Bagaimana siswa guru menggunakannya?
“Membaca
dengan tujuan
membentuk
guru yang
lebih
bersedia”
Seorang siswa guru perlu
membaca artikel akademik
sebelum menghadiri sesi
tutorial, bagi memahami
topik dan menyediakan
perbincangan dalam kelas
Situasi:
“Same
Strategi
Brighter
Future”
Meninjau
Meneliti tajuk, sub-tajuk,
abstrak,gambar, carta dan
struktur artikel.
Dapatkan gambaran
keseluruhan sebelum
membaca dengan lebih
teliti.
Menyoal
Bina soalan
berdasarkan tajuk
dan subtopik.
Contoh: “Apakah
tujuan kajian ini?”
“Apakahdapatan
utama yang ingin
diketahui?”
Membaca
Membaca dengan
teliti untuk mencari
jawapan kepada
soalan.
Fahami isi utama,
fakta penting dan
hujah penulis.
Menyebut
Nyatakan semula isi
penting dengan
perkataan sendiri.
Boleh dilakukan
secara lisan atau
bertulis(contoh:
nota ringkas).
Menyemak
Semak semula
nota dan isi
utama.
Lakukan secara
berkala untuk
mengukuhkan
ingatan dan
kefahaman
Hasil penggunaan SQ3R:
Lebih memahami bahan
bacaan
Mengingat maklumat dengan
lebih lama
Lebih bersedia untuk diskusi,
tutorial dan pembentangan
Meningkatkan prestasi
akademik
Disediakan oleh: Amy Ling How XingMengambil nota secara aktif membantu pelajar fokus dan
memahami konsep penting dengan lebih baik. Nota yang
ringkas, padat dan tersusun memudahkan maklumat diingati,
mengurangkan kekeliruan serta membantu menjimatkan
masa ketika mengulang kaji.
KEMAHIRAN
MEMBUAT NOTA
PENGENALAN
Bahagian ini menerangkan kaedah mengambil nota
yang penting bagi pelajar IPT, termasuk pelbagai
kaedah serta kelebihan dan kelemahan setiap
kaedah.
KAEDAH MENGAMBIL NOTA
Disediakan oleh: Aisyah Mursyida